seismik

"Kucing Avatar" - Dijumpai Bertukar Warna Biru, Kucing Oren Ini Curi Tumpuan Ramai

Kembali ke episod kucing oren buat hal lagi.

Cover image via @nunazmannn (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi pengguna laman sosial pastinya mengetahui tentang kisah 'episod kucing berwarna oren buat hal'

Kucing berwarna oren atau digelar sebagai Oyen akan ada sahaja perkara lucu yang dilakukan. Personaliti Oyen yang aktif sehingga membuat perkara diluar jangkaan telah menghiburkan hati orang ramai.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok berkenaan kucing yang berwarna oren bertukar warna biru selepas dua hari ditinggalkan telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Balik sahaja dari cuti, Oyen terus bertukar warna biru

Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @nunazmann, kucing itu tinggal berhampiran pejabatnya. Mereka juga sering memberi makanan kepadanya.

Difahamkan sebelum dia bercuti, kucing itu dalam keadaan yang baik. Namun, kembali sahaja daripada cuti, kucing itu dijumpai bertukar warna menjadi biru.

Dia juga telah mencuba untuk membersihkan namun tidak berjaya. Segelintir netizen juga menasihatkannya supaya membantu kucing tersebut kerana bimbang kemungkinan warna itu boleh menjejaskan kesihatannya.

Lihat video sambungan di bawah:

"Baru dua hari tinggal sudah jadi Avatar, tak tahu kalau tinggal seminggu jadi macam mana" - Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat 'episod kucing Oyen buat hal' kali ini. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.0M views, 118.7K likes dan 1,596 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Kelakar tapi macam mana boleh bertukar warna ni Oyen? :P

Image via ACEGif

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: