seismik

“Kreatif” - Ibu Design Baju Kereta Kebal Anak Macam Transformer Ini Curi Tumpuan Ramai

Tahniah adik dan ibu!

Cover image via @ann_annzmakeup (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pada tanggal 16 September baru-baru ini, pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena sambutan Hari Malaysia

Antaranya seperti pertandingan fashion show. Pertandingan seperti ini boleh dijadikan sebagai platform bagi mereka yang mahu menunjukkan kreativiti untuk mencipta pakaian yang menarik mengikut tema yang diberikan.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini, kreativiti ibu kepada adik itu dipuji apabila dia menggayakan baju bertemakan askar dan boleh bertukar menjadi kereta kebal telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Baju bertukar jadi macam kereta kebal ala-ala Transformer

Menerusi video tersebut, mereka bertanding dalam sebuah pertandingan fashion show sempena sambutan Hari Malaysia yang lalu.

Baju yang dipakai adik itu merupakan rekaan oleh ibunya sendiri yang bertemakan askar dan kereta kebal. Juri dan orang ramai memuji pakaiannya mempunyai kreativiti lain daripada yang lain.

Difahamkan juga, adik itu telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Baju kereta kebal itu telah membawa tuah kepada mereka.

Lihat video sambungan di bawah: 

"Hebat dan kreatif! Rajin ya ibunya"- Netizen

Sementara itu, di ruangan komen, mereka dibanjiri dengan pujian dan ucapan tahniah daripada netizen kerana sangat kreatif dan bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan. 

Ketika menulis artikel ini, video berkenaan telah meraih sebanyak 104.4K views, 5,934 likes dan 447 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tahniah adik! Mesti peminat cerita Transformer ni :D

Image via Pinming

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: