seismik

KPT Sumbang RM2,000 Kepada Mahasiswa Yang Terkesan Dengan Kebakaran Di Putra Heights

Bantuan tersebut akan disalurkan melalui Yayasan Perkasa Siswa (YPS).

Cover image via Buletin TV3 & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bertindak memberi sumbangan wang berjumlah RM2,000 kepada mahasiswa yang terjejas susulan insiden letupan paip gas di Putra Heights

Menerusi laporan Buletin TV3, bantuan awal sebanyak RM2,000 tersebut akan disalurkan melalui Yayasan Perkasa Siswa (YPS) kepada mahasiswa yang terjejas.

Dalam pada itu, sesi kaunseling dan sokongan psikologi turut disediakan pakar kesihatan mental untuk membantu mangsa menangani kesan trauma susulan insiden terbabit.

Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr. Anesee Ibrahim (tengah).

Image via Buletin TV3

Bukan sahaja sumbangan wang, perkhidmatan kesihatan seperti klinik bergerak turut disediakan

Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr. Anesee Ibrahim berkata bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan mangsa terbela, pihak KPT telah bersedia untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut.

"Kami menyediakan klinik bergerak menerusi Konsortium Hospital Universiti Awam (KHUAM) bagi memberi rawatan kecemasan, pemeriksaan kesihatan serta sokongan perubatan kepada mereka yang memerlukan perhatian segera," katanya.

Turut membantu, Majlis Sukarelawan Universiti Awam Malaysia (MASKUM) hadir sebagai organisasi yang memastikan proses pemulihan berjalan lancar di samping membantu mangsa insiden berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: