seismik

KPM Umum Tambahan Cuti Tiga Hari Sempena Sambutan Perayaan Aidilfitri Tahun Ini

Cuti lama lah kome budak sekolah.

Cover image via Blogspot & Utusan

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengumumkan peruntukan tiga hari cuti tambahan diberikan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini

Perkara ini telah dinyatakan di dalam Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 pindaan yang disiarkan di laman web KPM.

Pemberian cuti tambahan ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A (sekolah-sekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan kumpulan B (sekolah di negeri dan Wilayah Persekutuan selain daripada kumpulan A).

Kumpulan A akan mendapat cuti tambahan pada 30 Mac, 2 April dan 3 April manakala kumpulan B akan mendapat cuti tambahan pada 2 hingga 4 April ini.

Image via KPM

KPM turut memberi cuti tambahan 2 hari sempena perayaan Deepavali kepada semua negeri kecuali Sarawak

Dalam kenyataan yang sama, KPM turut menyertakan cuti tambahan bagi perayaan Deepavali tahun ini bagi semua negeri kecuali negeri Sarawak.

Kumpulan A akan mendapat cuti tambahan pada 19 Oktober dan 21 Oktober ini manakala kumpulan B akan mendapat cuti tambahan pada 21 hingga 22 Oktober  2025.

Image via KPM

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: