Konsultan Bayi Perbetul Fakta Tentang Punca 'Shaken Baby Syndrome' - "Bukan Sebab Buai"
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat para ibu bapa di luar sana.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang wanita yang merupakan konsultan bayi tampil memperbetul fakta tentang penyebab shaken baby syndrome yang kerap terjadi sejak kebelakangan ini
Menerusi video yang dimuat naik menerusi akaun @babylanguage, wanita berkenaan memberikan penerangan dan ilmu pengetahuan tentang isu shaken baby syndrome yang diulas oleh seorang individu di TikTok.
Menurutnya, buaian bukanlah punca sebenar mengapa shaken baby syndrome terjadi.
"Nombor satu, memang otak manusia tinggi kandungan air ataupun cecair, tetapi ia bukan bermaksud otak manusia tu itself adalah dalam bentuk cecair yang senang sangat berkocak bila ada goyang sikit.
"To be exact, struktur otak manusia adalah berbentuk gelatin. Dia lembik berair tapi bukan cecair. Maka untuk sesiapa di luar sana yang mengatakan gerakan hayunan buaian yang tinggi rendah atas bawah sebagai punca kapilari darah dalam kepala baby ni akan pecah dan berlakunya pendarahan adalah tak betul," katanya.
Pendarahan dalam otak memerlukan tenaga yang cukup ganas untuk berlaku
Menurutnya lagi, tenaga yang ganas ini selalunya berpunca daripada situasi di mana penjaga atau ibu bapa yang kecewa berhadapan dengan bayi yang kerap menangis.
"Susah diam, tak lena. So bila dah mental dan fizikal emosi semua dah barai, dia geram ambil baby dan akan goncang. Sewaktu goncang tu, dia takkan pegang baby elok-elok dan tak ada support di bahagian kepala dan leher.
"Ia menyebabkan baby ni akan melantun kepalanya depan dan belakang, kiri kanan rotate 360 darjah dan itulah dia daya goncangan yang selalunya akan mengoyakkan kapilari darah dalam otak baby. Ia hanya perlukan dua tangan manusia," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!