seismik

Kononnya Nak Sedih Makan Nasi Dengan Kicap, Tapi Lauk Sampingan Ini Pula Jadi Tumpuan

Tak jadi sedih dah ni bang.

Cover image via @dirtymatchalatte (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apabila menjadi pelajar universiti, perihal kewangan sememangnya perlu dikawal

Rata-rata pelajar akan berusaha untuk berjimat ketika berbelanja. Malah, ada juga pelajar yang hanya mengharapkan duit biasiswa sahaja untuk menampung perbelanjaan seharian.

Apabila ingin berbelanja untuk makanan, pastinya akan beli lauk lebih yang supaya boleh tahan sehingga makan malam kerana ingin berjimat.

Namun lain pula dengan sebuah video yang tular di laman sosial baru-baru ini, apabila seorang pelajar dilihat hanya makan nasi berlaukkan kicap. Namun, lauk sampingannya pula telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Makan nasi dan kicap, tetapi add on lauk keropok Mister Potato

Menerusi perkongsian video berkenaan, kelihatan pelajar itu membuat video seolah-olah ingin bersedih dengan makanannya yang hanya berlaukkan kicap sahaja.

Akan tetapi, dia dengan selamba menambah lauk sampingannya iaitu Mister Potato pula telah menjadi perhatian netizen. Mereka berkata harga keropok itu sebenarnya boleh dapat lauk seketul ayam.

Namun ada juga yang memberi komen seperti memerlinya dan berkata mereka juga pernah makan nasi lauk kicap bersama air Starbucks ketika menjadi pelajar dulu.

"Bertabah ye dik. Abang dulu makan nasi goreng dengan chicken chop je" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 664.5K views, 63.6K likes dan 1,459 comments di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. Malah, ada yang mengakui nasi putih sememangnya enak dimakan bersama keropok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Min dulu pun keropok mahal boleh beli, tapi ayam seketul berkira sebab tiba-tiba rasa mahal :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: