seismik

Kongsi Video Sambut Bersama Rakan Pasukan, Ronaldo Teruja Rai Hari Penubuhan Arab Saudi

Pertama kalinya.

Cover image via Berita Harian

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo baru-baru ini telah berkongsi tentang beliau meraikan Hari Penubuhan Arab Saudi

Difahamkan, bintang bola sepak itu meraikan bersama rakan-rakan sepasukan Al-Nassr dengan memakai pakaian tradisi negara tersebut.

Beliau juga berkongsi video dengan meletak kapsyen "Selamat Hari Penubuhan Arab Saudi. Ia merupakan pengalaman istimewa untuk menyertai sambutan di @AlNassrFC!," tulisnya di laman Twitter miliknya.

Lihat video itu di bawah:

Gembira dapat raikan momen tersebut buat pertama kalinya

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Ronaldo begitu gembira meraikan hari tersebut bersama rakan-rakan sepasukan Al-Nassr.

Bintang Portugal itu juga menyertai rakan sepasukannya meminum minuman arab dan menari sambil membawa pedang.

Hari tersebut diraikan sempena tarikh 22 Februari Imam Muhammad bin Saud membantu menemui Arab Saudi pada tahun 1727.

Lihat gambar-gambar di bawah:

Image via Berita Harian
Image via Berita Harian
Image via Berita Harian
Image via Berita Harian

Kacak bergaya terus bila dia pakai baju tradisional tu :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: