seismik

Kongsi Rezeki Bersama, Majikan Bagi Duit Raya RM30K Dekat Bibik Raih Tumpuan Ramai

Wow, banyaknya duit raya.

Cover image via @farahwen (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pejam celik pejam celik, bulan Syawal bakal menjelang tiba tidak lama lagi

Antara tradisi yang masih kekal pada hari raya adalah dengan memberikan duit raya kepada yang muda.

Pemberian duit raya boleh dianggap sedekah, iaitu ibadat yang besar pahalanya dan mampu mengeratkan silaturahim. Selain itu, pemberian duit raya dilihat sebagai amalan yang membuka pintu rezeki. Jumlahnya pula terpulang kepada kemampuan dan keikhlasan diri.

Namun, berbeza dengan video di TikTok ini apabila seorang wanita memberikan puluhan ribu duit raya kepada pembantu rumahnya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@farahwen Tengok sampai habis ya Khas buat semua followers saya 200k. Thank you for following me. Rezeki untuk dikongsi bersama #fyp Rahmatun Lil'Alameen - Maher Zain

Kongsi rezeki lebih dengan pembantu rumah

Menerusi video tersebut, majikan yang dikenali sebagai Farah Wen itu berkongsi rakaman di mana dia memberikan tiga orang pembantu rumahnya duit raya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah jumlah duit raya yang diberikan itu adalah sebanyak RM30,000 bersamaan RM10,000 bagi setiap orang.

Bukan itu saja, dia juga membawa semua pembantu rumahnya bercuti dan menaiki helikopter.

"Bestnya, nak jadi bibik juga lah" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji dan memberikan pelbagai reaksi positif kepada wanita berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2M views, 110.9K likes dan 15K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Murah rezeki dia, seronok bibik ya dapat duit raya banyak :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: