Komik Under 18 Karya Zint Lu Bakal Dijadikan Filem 'Live Action', Akan Datang 2026
Komik Under 18 sering dipuji kerana jalan ceritanya yang aksi, menyentuh hati tentang persahabatan, dan penuh hiburan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Berita baik buat peminat tegar komik Under 18!
Anda bakal menyaksikan watak kegemaran anda Under 18 seperti Ax, Kaiou, dan Yosi beraksi di layar perak dalam bentuk filem live action tidak lama lagi
Pengumuman mengenai pembikinan filem itu telah dibuat ketika sesi pelancaran Under 18 x Klepet yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di World Trade Centre baru-baru ini.
Menerusi posting yang dimuat naik oleh Facebook Gempak 360, sesi pelancaran itu juga turut dihadiri oleh pencipta komik terbabit iaitu Zint Lu.
"Hari ini sangat bermakna juga sebab kami umumkan filem live action Under 18, akan datang tahun 2026," kata Gempak 360.
"Terima kasih kehadiran anda semua harap surprise itu dapat puas hati anda semua" - Zint Lu
Untuk rekod, Under 18 merupakan sebuah novel grafik karya Zint, seorang pelukis komik yang bekerja di bawah Kumpulan Art Square. Siri komik ini merupakan karya pertama beliau yang mengisahkan sekumpulan remaja yang mengharungi kehidupan alam persekolahan, cerita sebenar, berkesan dan menggembirakan.
Mengisahkan tentang Ax, Kaiou dan Yosi, tiga orang pelajar sekolah menengah yang berkelakuan samseng, sering mencetuskan huru-hara di sekolah. Walaupun begitu, mereka bertiga mempunyai watak yang sangat berbeza dan sering terjadi kisah-kisah yang sangat menarik di dalam hidup mereka bertiga.
Justeru, pengumuman mengenai filem ini sekaligus menamatkan penantian para peminat yang sekian lama mengharapkan komik Under 18 diangkat ke layar perak atau sekurang-kurangnya dijadikan sebagai siri animasi tercapai.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!