seismik

Siapa Sangka Komik ‘Pentingnya Faham’ Yang Sempoi Ini Mampu Buat Kita Terasa

Kita semua pernah lakukan salah satu dari 34 kesalahan yang dilukiskan dalam komik-komik ini. Contohnya, gila viral dan gila selfie. Mengaku sajalah!

Cover image via Facebook Ag Fauzi

Kadang-kadang dalam hidup ini, kita perlukan teguran berupa sindiran untuk menyedarkan kita tentang kesalahan yang kita lakukan dalam kehidupan seharian

Agaknya inilah yang cuba disampaikan oleh pelukis komik Ag Fauzi ketika menghasilkan comic strip bersiri yang bertajuk Pentingnya Faham ini

Komik pendek ini mengenengahkan isu masyarakat yang rata-ratanya tahu hukum, tapi tak faham hukum. Ha, macamana tu?

Maksudnya, kita tahu secara luaran tentang sesuatu perkara, tetapi kita gagal memahami keseluruhan objektif, motif dan pengajaran di sebalik perkara tersebut. Jadilah kita orang yang tahu teori, tapi tidak tahu praktikalnya.

Antara kesalahan yang beliau ketengahkan dalam komik ini ialah soal berpakaian..

..juga tentang pembaziran ketika mengambil wuduk

Ia juga mempersoalkan adakah kita memahami konsep kesabaran yang sebenar?

..selain menyentuh isu tentang menghulurkan bantuan pada yang memerlukan..

..dan juga budaya keyboard warrior yang semakin menular di kalangan masyarakat

Terasa tak dengan komik beliau tentang perkongsian kisah peribadi tanpa batasan di laman sosial seperti ini:

Atau terasakah mereka yang tergila-gilakan sesuatu yang viral?

Komik-komik pendek ini berjumlah 34 semuanya setakat ini, setiap satu dengan isu yang berbeza-beza

Comic strip nukilan beliau itu mendapat perhatian ramai netizen dan menerima sambutan Like yang hangat dan Share yang baik

Yang Like dan Share tu, diharapkan tahu dan faham maksud sebenar di sebalik komik nukilan Ag Fauzi, ya?

Harap-harap komik ini tidak akan diharamkan seperti kes komik Ultraman. Ya lah, manalah tahu kan?

You may be interested in: