seismik

Lost World of Tambun Bersama Barbie & Hot Wheels Bakal Jadikan Cuti Sekolah Epik!

Bestnya! Macam-macam ada!

Cover image via Instagram @muhammadhanismansoor & Instagram @haikalazuar

Dah bersedia nak merasai pengalaman percutian paling menakjubkan di taman tema semula jadi terbesar di Malaysia?

Haa.. Sekaranglah masanya, daripada habiskan duit merancang nak pergi taman tema luar negara, apa kata pakat ramai-ramai ke Lost World Of Tambun!

Lost World Of Tambun, kota keriangan seisi keluarga!

Orang cakap tak kenal, maka tak cinta. Kalau selalunya korang tengok taman tema kat luar negara tu nampak menghiburkan, korang sebenarnya tak terokai lagi keseronokkan di Lost World Of Tambun. Bukan sekadar taman tema air semata-mata, Lost World Of Tambun ni ada pelbagai tarikan tidak terhad kepada kanak-kanak, malah orang dewasa pun mesti suka punya.

Lagilah nak dekat musim cuti persekolahan ni, kami dapat tahu yang Lost World Of Tambun ada kejutan untuk korang. Macam menarik je!

Barbie dan Hot Wheels akan meriahkan cuti sekolah. Seronoknya!

Siapa je yang tak pernah ada kereta permainan Hot Wheels atau anak patung Barbie masa kecil dulu? Haa..ni la kejutan yang kami nak beritahu korang sempena cuti sekolah hujung tahun ni. Buat pertama kalinya, Hot Wheels dan Barbie akan mengadakan event istimewa di Lost World Of Tambun tau!

Kolaborasi istimewa Hot Wheels dan Barbie bersama Lost World Of Tambun ni akan berlangsung mulai 23 November sehingga 31 Disember 2019!

Jom berparti dengan Barbie!

Korang suka Barbie atau ada anak perempuan yang suka karakter ni? Sekarang la masanya untuk korang berhibur dengan Barbie sebab ada pelbagai menarik untuk korang di Lost World Of Tambun nanti! Antara aktiviti yang menanti korang ialah Barbie Dream House, make over dan booth untuk bergambar, permainan Barbie dan banyak lagi!

Korang juga boleh enjoy Barbie Tea Party yang akan diadakan pada setiap hujung minggu dan Hari Krismas bermula 30 November 2019 dari 2pm hingga 4pm.

Saksikan perlumbaan epik Hot Wheels!

Tadi kami cakap ada Hot Wheels kan? Haa.. Kali ni, jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri perlumbaan Hot Wheels Race Track di riverside Lost World of Tambun. Rasai sendiri pengalaman tengok kereta Hot Wheels berlumba secara dekat.

Ada lagi berita menarik untuk korang. Dengan setiap pembelian 3 tiket masuk ke Lost World Of Tambun pula, korang berpeluang untuk mendapat cenderahati premium daripada Barbie atau Hot Wheels tau! Tak sabarnya nak enjoy dekat Lost World Of Tambun!

Apa lagi yang menarik kat sini? Haa.. Jom terokai Lost World Of Tambun! #ChallengeAccepted

Meh kami nak beritahu korang, sebenarnya di Lost World Of Tambun ni ada lebih 64 tarikan dengan 10 taman tema seperti Lost World Water Park, Lost World Amusement Park, Lost World Petting Zoo dan juga ada lebih 100 jenis spesis haiwan!

Tapi ni merupakan 10 pilihan aktiviti, yang kami rasa rugi kalau korang tak cuba:

1. Tak perlu travel jauh, Lost World of Tambun pun ada Hot Springs!

2. Dekatkan diri bersama alam dengan aktiviti glamping

3. Rakamkan OOTD dengan sinaran lampu @ Luminous Forest

4. Meriahkan malam korang dengan pertunjukan api @ Lost World Hot Springs

5. Satu seumpamanya kafe dalam gua hanya di Dulang Tea House

6. Cabar diri dengan aktiviti Zipline @ Adventure Park

7. Lihat labah-labah paling berbisa di dunia @ Tarantulla Alley

8. Saksikan keletah comel si belang di Tiger Show @ Lost World Tiger Alley

9. Dekati haiwan comel @ Lost World Petting Zoo

10. Rasai ketakutan dengan Pirate Ship yang mampu membuat pusingan sehingga 180 darjah

Tempah tiket Lost World of Tambun sekarang!

Macam-macam aktivti kan korang boleh buat kat sini? Parents kat luar sana, dah tak payah pening-pening nak fikirkan tempat percutian untuk anak-anak cuti sekolah nanti. Tempah je tiket ke Lost World of Tambun untuk keriangan maksima. Bukan anak-anak je suka, korang pun mesti enjoy sekali!

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Lost World of Tambun atau aktiviti apa yang korang boleh lakukan di sana, layari je laman web rasmi Lost World of Tambun.

So, tunggu apa lagi? Dapatkan tiket dan jumpa korang dekat Lost World of Tambun nanti!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kalau nak pergi sini, kenalah tahu spot cantik untuk ambil gambar!