seismik

Kolaborasi Altimet Dan The Kawan Band Bakal Gegarkan Good Vibes Festival 2018

Gabungan ini bakal mencetuskan 'fusion' Hip Hop dan muzik tradisi.

Cover image via malaymail.com

Kolaborasi meletup di antara Altimet dan The Kawan Band ini sudah pun bertapak dalam industri muzik sejak dua tahun yang lalu

Altimet dan The Kawan Band pernah mempersembahkan karya mereka di Eropah dan USA untuk festival South By Southwest 2016 (SXSW).

Mereka juga mempunya single bersama bertajuk 'Keliling Dunia' yang diinspirasikan dari penjelajahan mereka tersebut.

Uniknya, lagu berentak rancak dan berirama jazz ini dirakamkan secara live bersama alat-alat muzik yang dimainkan oleh The Kawan Band.

Good Vibes Festival tahun ini bakal menyaksikan kolaborasi epik ini!

"Kami akan berseronok dan mengharapkan penonton juga akan merasai keseronokan yang kami alami di atas pentas," menurut mereka dalam sebuah temuramah.

Mereka juga berseloroh, “Pasti sekali penonton akan terasa good vibes itu.”

Ini juga merupakan pertama kali mereka beraksi di pentas Good Vibes Festival setelah beberapa kali diadakan.

Jom ramai-ramai kita meriahkan GVF2018! 

Artikel ini merupakan sebahagian daripada rantaian #saysplaylist, dimana kami mengetengahkan bakat-bakat dan lagu-lagu baru industri muzik tanah air.

Image via Pixabay/SAYS

Jika anda ada sebarang cadangan atau idea untuk siapa yang kami boleh feature selepas ini, isikan pada ruangan komen di bawah!

Nak tahu siapa lagi bakal membuat persembahan di Good Vibes Festival? Lihat artikel berikut:

You may be interested in: