seismik

KKM Sahkan Sos Pasta Berkrim 'Carbonara Cendawan' Jenama Prego Ditarik Balik Dari Pasaran

Pihak syarikat yang terlibat telah mengenalpasti punca kerosakan produk tersebut disebabkan kesilapan semasa pemprosesan.

Cover image via RnR Minimart & Utusan Malaysia

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Industri makanan hari ini dikejutkan mengenai isu penarikan semula produk sos pasta berkrim carbonara cendawan berjenama Prego keluaran Malaysia dari pasaran

Hal ini kerana terdapat tanda-tanda kerosakan seperti bau yang tidak menyenangkan, warna berubah, rupa berair dan lapisan cecair yang terpisah pada produk tersebut.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Campbell Cheong Chan (M) Sdn Bhd mengenal pasti punca kerosakan itu akibat kesilapan semasa pemprosesan.

“KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan turut menerima notifikasi daripada syarikat itu yang mengesahkan produk tersebut turut dijual di Malaysia.

“Dalam hal ini, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang memantau proses penarikan balik produk berkenaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Produk yang diimport ke Singapura itu juga turut ditarik balik dari pasaran disebabkan kerosakan produk

Bukan itu sahaja, produk sos pasta carbonara cendawan jenama Prego yang diimport ke Singapura turut ditarik balik daripada pasaran disebabkan kerosakan produk.

Khusus buat pengguna yang sudah mendapatkan produk ini, DG Hisham memaklumkan produk yang terjejas terdiri daripada produk bernombor lot 2022081716 yang dikeluarkan pada 17 Ogos lalu dari 10.18 malam hingga 11.20 malam dan bertarikh luput 17 Ogos 2023.

Sehubungan itu, penjual hendaklah menghentikan penjualan produk terlibat dengan serta-merta. Manakala pengguna yang telah membeli hendaklah tidak memakan produk tersebut dan bagi yang telah mengambilnya dinasihatkan berjumpa pegawai perubatan sekiranya berasa tidak sihat atau mengalami gejala keracunan makanan.

Sebarang maklumat atau kemusykilan berhubung isu itu, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat dan melayari Kementerian Kesihatan atau laman Facebook rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: