seismik

KKM Kaji Cadangan 'Mask' Jenis Kain, Face Shield & Purdah Yang Dibenarkan Pakai Di Sekolah

Ia dalam usaha untuk mengurangkan beban rakyat terutamanya golongan B40.

Cover image via The Star & Nestia

Umum sedia maklum, saranan pemakaian face mask dapat membantu menghalang cecair pernafasan orang dijangkiti virus Covid-19 daripada tersebar ke udara dan orang sekeliling ketika batuk, bersin, bercakap serta meninggikan suara

Image via Sinar Harian

Hasil kajian klinikal dan makmal membuktikan penggunaan face mask dapat mengurangkan percikan cecair pernafasan dengan menutup bahagian mulut dan hidung.

Virus Covid-19 boleh merebak kepada individu lain pada jarak kedudukan sangat rapat iaitu kurang daripada 1.8 meter.

Oleh itu, penggunaan face mask adalah sangat penting apabila berada dalam keadaan sesak dan tidak dapat melakukan penjarakan fizikal.

Oleh itu, beberapa jenis face mask sedang dikaji oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dalam usaha untuk mengurangkan beban rakyat khususnya golongan pelajar dalam kumpulan berpendapatan rendah (B40)

Image via Malay Mail

Menurut laporan, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata antara cadangan tersebut termasuk membenarkan pelajar memakai face mask jenis kain.

Jelas beliau, fabrik yang dicadangkan juga mengambil kira kos bagi memastikan ia mampu dimiliki.

“Kalau 3 ply (lapis) mungkin lebih mahal harganya pasal fabriknya adalah fabrik tertentu yang diluluskan. Kita sekarang ini mencadangkan supaya boleh tak kain biasa digunakan untuk menutup muka.

“Kedua, kita mencadangkan supaya face shield (pelindung muka) juga boleh digunakan sebab face shield ini beli sekali tak perlu tukar hari-hari dan ia cuma boleh dicuci sahaja.

Harga saya difahamkan sekitar RM2 hingga RM4 sahaja untuk satu face shield dan hari-hari boleh cuci dan boleh pakai lagi esok. (Face shield) mungkin boleh dipakai selama dua hingga empat bulan,” katanya.

Image via CarSifu

Jelas Ismail Sabri lagi, kerajaan turut memohon agar KKM mengkaji sebarang jenis kain yang digunakan untuk menutup mulut dan hidung termasuk penggunaan purdah

“Jadi, kita pun minta supaya mereka yang memakai purdah misalnya, adakah perlu atau tak perlu memakai mask, (sebab) dia dah ada penutup iaitu kain purdah, ataupun di sesetengah negeri memakai kain selendang dan sebagainya boleh ditutup muka.

“Di sesetengah negeri, penutup kepala (digunakan sebagai) penutup muka... jadi (KKM pertimbangkan) ia boleh atau tidak.

“Sekiranya ia diluluskan, insya-Allah kita akan umumkan,” katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca artikel berkaitan hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: