seismik

KKM Beri Amaran, Kompaun Denda Bakal Menanti Individu Yang Merokok & Vape Di Kedai Makan

KKM akan melakukan operasi dari semasa ke semasa bagi memastikan ia dipatuhi orang ramai.

Cover image via Khairy Jamaluddin (Facebook) & Sinar Harian

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Walaupun penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan telah dilaksanakan sejak tahun 2019, namun masih ada kalangan masyarakat yang ingkar akan larangan berkenaan

Walau bagaimanapun, baru-baru ini pihak berkuasa daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meningkatkan penguatkuasaan bagi mencari dan mendenda perokok yang ‘menyalakan api’ atau vape di kawasan bebas rokok.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, penguatkuasa akan sentiasa membuat rondaan untuk mengenakan kompaun kepada mereka yang melanggar peraturan tersebut.

Khairy Jamaluddin juga telah berkongsi beberapa gambar di media sosialnya dan memberi amaran kepada orang awam mengenai situasi yang bakal berlaku sekiranya masyarakat masih mahu merokok di khayalak ramai.

Merokok tidak dibenarkan di 23 kawasan awam termasuk kedai makan, tandas, pengangkutan awam dan premis kerajaan

Pada tahun 2019, kerajaan telah mengenakan larangan merokok di semua restoran dan kedai makan seluruh negara di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Tembakau (PPKHT) 2004 (pindaan) 2018.

Mereka yang masih ‘menyalakan api’ atau ‘vape’ di lokasi larangan ini akan dikenakan denda RM150 bagi kesalahan pertama, RM250 bagi kesalahan kedua dan RM350 sekiranya masih berterusan melanggar udang-undang.

Peraturan 12 PPKHT 2004 juga menyatakan bahawa pemilik kedai makan perlu memastikan premis mereka kekal sebagai kawasan bebas rokok.

Pemilik kedai juga diminta untuk tidak menyediakan sebarang alat kemudahan kepada perokok seperti bekas puntung rokok ataupun perkhidmatan shisha dan hookah.

Selain itu, mereka perlu memastikan pelekat ‘dilarang merokok’ dipaparkan dengan jelas di kawasan premis makanan.

Demi kesejahteraan dan kesihatan semua pihak, penulis juga ingin mengingatkan kepada semua perokok patuhi arahan larangan merokok ini :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: