seismik

KitKat Lancar Bar Coklat Edisi Terhad Bermotifkan 'Ketupat' Sempena Kempen Raya 2023

Kempen raya ‘Rezeki Dikongsi Bersama’ buat pertama kalinya didatangkan dengan motif 'Ketupat' yang diterap pada bar coklat KitKat 4-Jejari.

Cover image via KitKat Malaysia

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh KitKat Malaysia.

KitKat Nestlé menyambut ketibaan bulan Ramadan dan kemeriahan Hari Raya tahun ini dengan pelancaran kempen ‘Rezeki Dikongsi Bersama’ bagi meraikan semangat perkongsian dan persaudaraan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia

Kempen ini menawarkan produk edisi terhad Raya yang menarik, muzik video animasi Raya KitKat dan pelbagai kolaborasi istimewa lain.

KitKat kini memperkenalkan KitKat Ketupat edisi terhad Raya iaitu kombinasi wafer rangup yang disaluti dengan lapisan coklat susu yang enak dan buat pertama kalinya didatangkan dengan motif ‘Ketupat’ yang diterap pada bar coklat KitKat 4-Jejari.

Image via KitKat Malaysia

KitKat Ketupat edisi terhad Raya hadir dalam empat koleksi rekaan unik, terdapat dalam dua format pembungkusan yang berbeza – KitKat Ketupat 4 Jejari 4 Multipack dan KitKat Ketupat 4 Jejari 2 Multipack.

Bukan itu sahaja, KitKat turut berganding bahu dengan jenama fesyen kontemporari tempatan, Mimpikita. Kolaborasi KitKat x Mimpikita Pek Edisi Raya ini termasuk sebuah gelas minuman Luminarc yang direka khas oleh Mimpikita bersama 2 pek KitKat Mini 9g Sharebags.

Tonton muzik video animasi Raya KitKat yang terbaharu di bawah:

Pelancaran kempen Raya ‘Rezeki Dikongsi Bersama’ KitKat yang diadakan pada hari Khamis lalu turut disertai oleh dua selebriti tempatan, MK K-Clique dan Nabila Razali yang mendendangkan lagu tema ‘Rezeki Dikongsi Bersama’ KitKat dalam muzik video animasi Raya KitKat yang terbaharu.

Image via KitKat Malaysia

Bersempena dengan kempen Raya ‘Rezeki Dikongsi Bersama’, KitKat menyalurkan sumbangan RM10,000 kepada AEON Mesra, sebuah inisiatif jangkauan komuniti oleh Yayasan AEON Malaysia.

Dengan usaha mendekati komuniti ini, kanak-kanak kurang berkemampuan dapat berkongsi kegembiraan dan keseronokan musim perayaan dengan membeli-belah di pasar raya AEON, sebagai persiapan menyambut Hari Raya yang bakal tiba.

Selain itu, rakyat Malaysia juga boleh berkongsi rezeki mereka dengan melayari saluran YouTube, Facebook dan Instagram KitKat® dan tekan butang “LIKE” pada muzik video animasi Raya KitKat yang menampilkan MK K-Clique dan Nabila Razali.

KitKat akan menyumbang RM2 untuk setiap “LIKE” yang diperoleh, sehingga RM100,000, dengan semua hasil akan disalurkan kepada organisasi amal yang terpilih.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik