seismik

"Kita Jaga Kita" - Ini Senarai Bantuan Yang Ditawarkan Kepada Mangsa Banjir Secara PERCUMA

Terima kasih semua!

Cover image via Motorsports Malaysia , Ojo Eyewear , Merdeka

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum ketahui, beberapa buah negeri telah dilanda banjir kilat baru-baru ini

Tidak dinafikan, ramai yang terkesan akibat banjir itu terutamanya penduduk yang tinggal di negeri Selangor, Melaka, Pahang dan lain-lain. Ada yang sehingga rumah dan kereta mereka habis rosak dihanyut air.

Berita sedih juga menimpa apabila kematian akibat banjir ini juga mencecah sehingga 35 orang dan 8 dikhuatiri hilang setakat ini. Peristiwa ini telah menjadi tragedi hitam buat rakyat Malaysia.

Namun, hadirnya sukarelawan, badan NGO dan pihak syarikat yang baik hati dengan menawarkan pelbagai bantuan untuk rakyat yang terkesan.

Berikut di bawah merupakan antara bantuan PERCUMA untuk mangsa banjir:

1. Cermin mata - Factory Eyewear

Sudah tentu cermin mata merupakan barangan penting untuk orang yang mempunyai masalah penglihatan. Oleh itu, factory eyewear bertindak besar hati untuk memberikan kepada mangsa secara percuma.

2. Tilam & bantal - Goodnite Malaysia

Untuk dapatkan tilam percuma, anda perlu menghantar info dan detail ke nombor ini. Pastikan lengkap butiran ini dan hantar ke nombor yang betul. 

1. Name:
2. IC number:
3. Contact number:
4. Delivery address:
5. Photo of your house (Facade and flooded area)

3. Tilam - More Design

Hantar butiran lengkap di nombor ini. Pastikan butiran anda lengkap ya!

1. Name:
2. Contact number:
3. Delivery address:
4. Photo of your house:

4. Barang penyusuan bayi - Milk Planet Malaysia

Ibu-ibu yang terkesan boleh pm admin di Facebook dan memberikan butiran yang dikehendaki. InsyaAllah, bantuan akan sampai ke tangan anda dalam masa terdekat. 

5. Servis pembaikan kaki palsu OKU - ArtaLive Malaysia

Bantuan untuk para OKU juga tidak terkecuali. Kepada sesiapa yang mengalami kerosakan pada alat kaki palsu, anda boleh hubungi pihak Arta Live Malaysia untuk servis pembaikan secara percuma. 

6. Rawatan haiwan - Zul Erwan Veterinary Clinic

Sudah pasti ada haiwan yang terkesan akibat banjir ini. Oleh itu, anda boleh menghantar haiwan kesayangan anda untuk membuat rawatan di klinik bergerak Taman Sri Muda. Lokasinya di KFC Bukit Kemuning. 


7. Rawatan asas kucing - ivetpetcare

Ada kucing yang terkesan? Anda boleh dapatkan pemeriksaan percuma di iVET medical centre pada hari yang tertera.

8. Servis laptop & PC - Amitech Solutions

Laptop dan PC sememangnya harta benda yang penting juga untuk orang yeng bekerja mahupun yang sedang belajar. Oleh itu, jika laptop anda mempunyai sebarang kerosakan, anda boleh menghantarnya di Amitech. 

9. Servis laptop & PC - MKA Technologies

Begitu juga dengan penduduk di Shah Alam, anda boleh pergi ke Lot 8 Bangunan parkir untuk memperbaiki laptop dan PC yang rosak akibat banjir. 

10. Servis cuci rumah - The Pink Stuff

The  Pink Stuff bukan saja menyediakan sukarelawan untuk membantu dalam kerja-kerja pembersihan rumah. Mereka juga menyediakan pelbagai sabun dan agen pencuci kepada mangsa banjir. Mereka akan mengutamakan warga emas dan OKU. 

11. Servis cuci kenderaan - Bengkel Azam Motor Banting

Sudah pasti kereta yang dihanyut air telah dipenuhi dengan lumpur. Jangan risau, anda boleh menghantar kereta ke bengkel Azam. Percuma saja! Buat appoinment dulu di sini

12. Servis cuci interior kereta - AKS Autoworks

Cuci bahagian dalam kereta juga disediakan oleh AKS Autoworks. Pastikan anda menempah dulu ya sebelum pergi ke bengkel. 

13. Servis dobi - Dobi Express Setia

Kepada mangsa banjir yang ingin mencuci pakaian kotor, anda boleh datang ke dobi Express Setia. Mereka menawarkan cucian peruma. 

14. Servis dobi - ArtWash Laundry

Sama seperti ArtWash Laundry, datang dan bawa pakaian kotor anda. Semuanya free of charge. Terima kasih ArtWash Laundry!

15. Servis cuci kasut - Gosyok Shoe Spa

Kepada sesiapa yang ingin mencuci kasut, anda boleh pergi ke Gosyok Shoe Spa. Banyak perkhidmatan yang ditawarkan untuk anda. Bayaran jangan risau, seikhlas hati saja. 

16. Servis menunda kereta - Mekar Angkut Sdn Bhd

Mekar Angkut memberikan inisiatif yang lain daripada lain, mereka menyediakan perkhidmatan menunda kereta untuk warga hulu langat yang terkesan akibat banjir. 

17. Servis lori percuma

Jika anda memerlukan perkhidmatan lori untuk menghantar barang ke penempatan mangsa banjir, anda boleh hubungi Asrul dan Syarikat Berjasa. 

18. Ruang studio - Studio 21:05

Jika anda memerlukan studio untuk melakukan kerja-kerja muzik, anda boleh hubungi studio 21:05 untuk dapatkan bilik percuma supaya anda dapat siapkan projek yang tergendala. 

19. Servis guitar - The John Lau Guitar Repair Center

Kepada mangsa banjir yang mengalami kerosakan pada guitar, anda boleh menghantarnya ke The John Lau Repair Centre untuk mendapatkan servis pembaikan secara percuma.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa banjir di luar sana. Mohon share ya!

Anda kini boleh membuat sumbangan menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan bagi membantu meringankan beban mereka.

Setiap sumbangan yang diberikan amatlah dihargai.

Image via SAYS Seismik

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: