seismik

5 'Hustlers' Ini Kongsi 3 Perkara Yang Mendorong Mereka Bangkit Dari Katil Setiap Pagi

Apakah motivasi anda setiap pagi?

Cover image via NESCAFÉ

Setiap orang mempunyai jalan cerita hidup sendiri yang berbeza-beza dan penuh pancaroba

Image via NESCAFÉ

Altimet besama NESCAFÉ sebelum ini menerjah beberapa warga kota Kuala Lumpur untuk mengetahui apakah semangat yang mendorong mereka untuk terus berusaha dan hustle setiap hari.

Kini, mereka menemui 3 hustlers paling kental dengan kisah perjuangan yang luar biasa

Image via NESCAFÉ

Ada yang berjuang sejak dari bangku sekolah rendah untuk membantu ibu menjual kuih di tepi jalan, ada yang menjadikan pengorbanan ibu bapa sebagai motivasi untuk pergi lebih jauh, dan ada juga yang sanggup berpenat lelah demi memberi yang terbaik untuk keluarga dan anak-anak.

Kisah-kisah yang dikongsi oleh para hustlers ini sememangnya boleh dijadikan inspirasi buat semua orang. Baca semua kisah di bawah:

1. Nazri - berjuang demi pengorbanan ibu bapa

Image via SAYS

Perjuangan Nazri didorong oleh pengorbanan ibu bapanya selama ini yang tidak pernah mengenal erti penat. Setiap hari Nazri akan menadah tangan memanjatkan doa khusus buat kedua ibu bapanya.

Tiga perkara yang mendorong perjuangan Nazri setiap hari:

1. Mengingati semula bagaimana ibu bapanya menyayanginya dan memberi segalanya walaupun mereka tidak hidup mewah
2. Memenuhi harapan arwah ibu bapa terhadapnya
3. Mengangkat nama baik ibu bapanya

2. Baizura - berjuang demi ibu dan adik-adik seawal usia 12 tahun

Image via SAYS

Ibu bapa Baizura berpisah ketika dia berusia 8 tahun. Ibunya sejak itu bekerja seorang diri bagi menampung kehidupan 5 sekeluarga.

Tiga perkara yang mendorong perjuangan Baizura setiap hari:

1. Memberi penghormatan kepada ibunya, seorang ibu tunggal yang perlu menyara empat orang anak bukan sesuatu yang mudah
2. Bertanggungjawab sebagai anak sulung dan ingin menjadi contoh terbaik kepada 3 adik-beradik lain
3. Memberi kehidupan bermakna kepada 3 orang anaknya yang dia sendiri tidak pernah alami

3. Hidayat - berjuang demi anak dan isteri

Image via SAYS

Walaupun penat, segalanya harus dilakukan demi keluarga dan anak-anak. Hidayat bagaimanapun berkata penat lelah di tempat kerja terus hilang sebaik sahaja sampai di rumah menatap wajah-wajah kesayangannya.

Tiga perkara yang mendorong perjuangan Hidayat setiap hari:

1. Membahagiakan isterinya yang tetap menyayanginya ketika susah dan senang
2. Ingin lebih kerap membawa anak-anaknya ke luar rumah dan menghabiskan masa bersama mereka
3. Setiap pelukan dan ciuman yang diterimanya setiap hari daripada isteri dan anak-anak

SAYS turut menemuramah dua usahawan muda untuk mengetahui apakah dorongan yang membuatkan mereka berjuang setiap hari. Baca di bawah:

4. Amie Imran - berhenti kolej semata-mata untuk memulakan perniagaan pada usia 19 tahun

Image via SAYS

Amie Imran dibesarkan dalam keluarga peniaga sejak dari kecil. Darah peniaga yang mengalir dalam tubuh Amie sedikit sebanyak mendorong beliau untuk memulakan perniagaan pada usia muda.

Tiga perkara yang mendorong perjuangan Amie Imran setiap hari:

1. Membuktikan bahawa anak muda juga boleh berniaga dan menjadi inspirasi kepada orang ramai
2. Sentiasa menjadikan ibu bapanya sebagai role model yang selama ini tidak putus-putus berusaha mencari rezeki seawal jam 4 pagi setiap hari
3. Bermula dengan keluarga, kemudian hulurkan bantuan dan lakukan kebajikan kepada masyarakat

5. Hidayah - terjun ke dalam bidang perniagaan tanpa sebarang ilmu perniagaan langsung

Image via SAYS

Hidayah atau lebih mesra disapa Ayu merupakan pengasas kepada jenama kanta lekap Miyulens sejak 2015. Sebelum berkecimpung dalam bidang perniagaan, Ayu bekerja sepenuh masa di sebuah firma guaman di Shah Alam.

Tiga perkara yang mendorong perjuangan Ayu setiap hari:

1. Menjadi tempat bergantung kepada keluarga, terutamanya selepas kematian arwah bapanya beberapa tahun lalu
2. Tiada apa yang lebih penting melainkan ibu dan adik-beradik
3. Jika dia tidak membantu dirinya sendiri, takkan ada orang lain yang sudi membantunya mengubah nasib

Setiap pagi adalah rezeki, rezeki kita untuk meneruskan perjuangan demi keluarga tersayang dan diri sendiri

Image via NESCAFÉ

NESCAFÉ Blend & Brew memahami kadang-kadang tak senang kita nak cari semangat untuk berjuang setiap hari.

Sebab itu melalui kisah juang real hustlers ini, NESCAFÉ dan Altimet telah mendapat inspirasi untuk mendendangkan puisi pantas mengenai perjuangan seharian hustlers, dengan niat untuk memberi inspirasi kepada semua untuk terus berjuang.

Dengan secawan kopi NESCAFÉ Blend & Brew yang mantap dan beraroma, kita boleh bangkitkan semangat pagi untuk meneruskan perjuangan harian

Nak tahu macam mana bentuk puisi yang Altimet hasilkan? Saksikan video penuh di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga: