seismik

Kini Giliran Pahang Pula Haramkan Penggunaan Vape Serta-Merta, Selepas Perlis & Terengganu

Difahamkan, fatwa pengharaman penggunaan vape itu adalah daripada Pejabat Mufti Pahang.

Cover image via Astro Awani (Gambar sekadar hiasan) & NSTP/Asrol Awang

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Menerusi laporan Berita Harian, beliau berkata bahawa keputusan ini adalah berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Pahang, yang mengharamkan penggunaan vape di negeri itu.

"Fatwa itu dimaklumkan kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang pada 3 Mac lalu melalui satu kertas yang dihantar oleh Pejabat Menteri Besar mengenai penggunaan vape dalam kalangan masyarakat masa kini.

"Kerajaan negeri mengambil maklum dan dibawa dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 14 Mei lalu dan mendapat perkenan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Titah tuanku baginda yang bimbang terhadap perkara ini (penggunaan vape)," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad (tengah) pada sidang media di Kuantan.

Image via NSTP/Asrol Awang

Minta pihak berkuasa menguatkuasakan secara lebih berhemah dari semasa ke semasa

Sementara itu, Syed Ibrahim turut menyeru semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pahang agar melaksanakan penguatkuasaan secara berhemah dari semasa ke semasa, sebagai usaha mendidik masyarakat untuk tidak lagi terlibat dengan penggunaan vape.

"Kita harap masyarakat tidak mengambil vape dan kedai-kedai tidak perlu menjual peralatan ini. Kita faham peniaga ada kekangan kerana sudah membelinya.

"Jadi bolehlah beransur-ansur tidak mengambil bekalan vape itu dan mereka yang menggunakannya (vape) juga boleh berhenti, berikhtiar, berazam dan meminta kepada Allah SWT diberikan kekuatan," katanya.

Pada 18 November lalu, Al-Sultan Abdullah menyarankan penggunaan vape diharamkan secara menyeluruh.

Baginda bertitah, saranan itu dibuat susulan kebimbangan baginda terhadap penyalahgunaan dadah yang semakin meningkatkan di Pahang, terutama dalam kalangan belia berdasarkan statistik oleh Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK).

Gambar sekadar hiasan.

Image via Business Today

Negeri lain juga turut menguatkuasakan pengharaman vape

Tidak hanya Pahang, Perlis juga menjadi negeri tahun ini selepas Terengganu yang umumkan pengharaman jualan vape berkuat kuasa 1 Ogos.

Antara faktor penguatkuasaan dilakukan di Perlis adalah peningkatan kes melibatkan individu bawah umur yang terlibat dengan penggunaan vape.

Bagaimanapun, Kedah tidak bercadang untuk mengharamkan penjualan vape di negeri itu dengan cepat.

Sebaliknya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memberitahu keputusan untuk mengharamkan penjualan vape perlu mengambil kira status lesen premis yang sudah dikeluarkan kepada peniaga terlibat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: