seismik

Kibar Jalur Gemilang Di Taj Mahal, Rakyat Malaysia Ini Diminta Mohon Maaf Sebelum Keluar

Lain kali kena cakna peraturan masuk ke tempat macam ni.

Cover image via Times of India & Buletin TV3

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Gara-gara mengibarkan Jalur Gemilang di Taj Mahal, sekumpulan pelancong dari Malaysia ditegur dan tidak dibenarkan keluar sebelum meminta maaf

Menerusi laporan Buletin TV3, enam rakyat Malaysia yang ditemani pemandu pelancong tempatan didapati bergambar di hadapan monumen itu dengan memegang Jalur Gemilang.

Apa yang dilakukan mereka dikatakan bertentangan dengan larangan aktiviti promosi, komersial dan melobi di Taj Mahal.

Tindakan itu juga mendapat perhatian dan mereka didapati tidak dibenarkan keluar sebelum melakukan permohonan maaf.

Image via Buletin TV3

Pelancong-pelancong berkenaan tidak tahu akan larangan terhadap sebarang aktiviti melobi atau promosi di Taj Mahal

Pembantu pemuliharaan kanan Kajian Arkeologi India, Prince Vajpayee berkata kumpulan wanita berkenaan dilihat memegang bendera negara mereka di laluan berhampiran tangki pusat.

“Apabila disoal siasat, mereka berkata mereka tidak tahu mengenai sekatan ke atas tindakan melobi atau aktiviti promosi di Taj Mahal.

“Mereka mengemukakan permohonan maaf secara bertulis dan dibenarkan keluar. Warga India yang menemani mereka juga memaklumkan tidak mengetahui tentang norma di Taj,” katanya.

Lihat video tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: