seismik

Khai Bahar Kecewa Difitnah, Luah Rindu Arwah Mak - "Nak Aku Mati Ke Baru Korang Diam?"

Kalau tak tahu apa-apa lebih baik diam je.

Cover image via mStar & @khaibahar94 (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penyanyi, Khai Bahar meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir netizen menuduhnya menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang lelaki

Beberapa hari lalu, tular sebuah gambar selfie Khai bersama seorang individu yang dipercayai adik iparnya.

Menurut Khai, dia berkata apabila melibatkan kerja dia lebih selesa ditemani ahli keluarganya sendiri.

Namun, perkongsian tular itu mengundang pelbagai reaksi negatif daripada netizen di mana ada segelintir mendakwa pelantun lagu 'Luluh' itu seorang lelaki homoseksual.

Image via mStar

Dalam pada itu, Khai akui rindu arwah mak dan kini hilang tempat mengadu

"Aku bukan baik mana pun, sama macam orang lain ada buat silap. Tapi jangan la sampai nak fitnah tuduh aku dengan adik ipar aku sendiri benda yang tak ada.

"Aku sampai tahap tak ada arah tuju. Bukan nak minta simpati. Kalau tak mampu nak bagi orang senyum, jangan la bagi orang stress sampai tahap hilang kawalan. 

"Dulu bila orang cakap macam-macam pasal aku, aku ada tempat nak mengadu dekat mak aku. Sekarang aku tak tahu nak mengadu dekat siapa," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: