seismik

Anda Pelabur Baru? Elakkan 9 Kesilapan Paling 'Common' Ini Bila Berurusan Dengan Perunding

Berhati-hati dan pilih untuk berurusan dengan perunding yang berdaftar ya!

Cover image via nihub.co

Apabila ingin memulakan sesuatu pelaburan, banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Tanpa sebarang ilmu, anda pasti akan kecundang jika tak ada disiplin dalam melabur walaupun sepandai mana pun anda.

Zaman sekarang ini banyak perunding yang bergiat aktif meyakinkan kita untuk melabur dengan mereka walau sebenarnya mereka tidak mempunyai lesen berdaftar dengan mana-mana syarikat yang sah dan diiktiraf.

Namun begitu, masih ada pelabur yang tidak begitu kisah akan perkara sebegini dan tidak membuat sebarang kaji selidik tentang perunding tersebut.

Nak tahu kesilapan apa yang selalunya terjadi kepada pelabur baru di luar sana? Baca di bawah:

1. Serahkan wang tunai kepada perunding

Image via Comansense

Salah satu kesilapan besar pelabur baru ialah memberikan wang tunai kepada perunding, kononnya untuk digunakan sebagai bayaran pendahuluan. Walaupun nampak klise, masih ramai yang tertipu dan tidak mendapat apa-apa pulangan.

2. Menandatangani borang yang masih belum lengkap dengan butiran yang diperlukan

Image via Shutterstock

Memang nampak seperti masalah kecil, namun perkara ini akan memberi impak yang begitu besar, terutamanya apabila anda tidak membaca setiap butiran yang ada di dalam borang. Barangkali borang yang diberi juga adalah palsu!

3. Berurusan dengan perunding yang tidak mempunyai lesen perunding yang sah dan tidak diiktiraf

Image via HelpGuide.org

Sebelum menyerahkan apa-apa butiran peribadi, pastikan perunding tersebut mempunyai lesen sah dan diiktiraf. Kalau tersilap langkah memang buruk padahnya kerana butiran peribadi anda boleh disalahgunakan.

Jika perlu, anda boleh juga meminta perunding untuk tunjukkan lesen mereka.

4. Tidak faham tentang proses pembelian

Image via Giphy

Apabila pelabur tidak memahami cara pengambilalihan atau cara untuk menilai harta dengan betul, besar kemungkinan perunding akan mengambil kesempatan untuk memalsukan maklumat, tanpa anda sedar.

Pelabur yang tidak berpengalaman pastinya akan terjerat dan akhirnya membayar dengan nilai yang besar.

5. Mempunyai persepsi bahawa free advice adalah good advice

Perlu ingat, free advice tak semestinya good advice. Mendengar daripada perunding yang salah boleh membawa kepada keputusan pelaburan dengan pertumbuhan nilai yang lemah, sekali gus menghalang perkembangan investment portfolio.

6. Terlalu percaya kepada perunding peribadi tanpa membuat sebarang research tentang latar belakang mereka

Image via Love

Tidak salah untuk mempercayai perunding peribadi anda 100%, namun jangan beri peluang kepada mereka untuk mempergunakan anda. Lebih-lebih lagi dalam hal pelaburan seperti ini. Sebab itu anda perlu membuat research tentang latar belakang mereka.

7. Mudah terpedaya dengan janji manis atau "sugarcoating" dari perunding peribadi

Jika perunding anda menjanjikan pulangan yang lumayan buat anda, pastikan anda tahu tentang pulangan yang dimaksudkan. Bererti pulangan itu sememangnya valid.

Bukan sesuatu yang cenderung ke arah skim MLM atau Skim Cepat Kaya yang akhirnya akan merugikan. Oleh itu, anda perlu buat pencarian tentang latar belakang pelaburan termasuk tentang perunding peribadi anda!

8. Terlalu rushing dalam membuat keputusan untuk melabur

Image via Giphy

Jangan biarkan perunding memaksa anda untuk membuat keputusan dengan tergesa-gesa. Fikir masa-masak dulu apa yang terbaik untuk anda sebelum membuat apa-apa keputusan supaya tidak dikesali di kemudian hari.

9. Tidak kisah tentang penyata dan laporan kewangan sebab anda tidak faham

Image via Giphy

Hanya kerana tidak faham, tak bermakna anda tak patut baca laporan dan kenyataan tentang pelaburan yang telah dibuat. Kalau tak faham, boleh rujuk kepada perunding anda. Baca jangan tak baca!

Bercakap tentang pelaburan ini memang memeningkan kepala. Tapi anda tidak boleh menyerah kalah dengan cepat.

Semua orang ada goal yang telah ditetapkan dan untuk mencapainya, kenalah berusaha sikit.

Image via Giphy

Dengan modal yang kecil dan pengetahuan yang cukup pun sudah memadai untuk anda mulakan pelaburan yang bijak. Pastikan anda membuat kaji selidik mengenai syarikat yang anda ingin berurusan.

Kini, FIMM (Federation of Investment Managers Malaysia) sedia membantu anda!

Image via FIMM / Facebook

Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia.

Oleh itu, untuk semua pelabur di luar sana yang ingin melabur dengan selamat dan perlukan nasihat mengenai Skim Unit Amanah dan Skim Persaraan Swasta, mereka boleh berurusan dengan perunding sah yang diiktiraf oleh FIMM.

Manakala, fungsi FIMM sebagai pengawal selia pula adalah:

  1. Menegakkan kepentingan awam dengan meningkatkan integriti pasaran, kecekapan pasaran, dan perlindungan pelabur
  2. Mendaftar semua ahli dan organisasi yang ingin memasar dan mengedarkan Skim Unit Amanah dan Skim Persaraan Swasta
  3. Menggalakkan program pendidikan dan kesedaran pelabur untuk mewujudkan komuniti pelaburan yang bermaklumat

Untuk maklumat lanjut tentang apa yang ditawarkan oleh FIMM, layari laman web rasmi FIMM di sini.

Jika anda adalah pelabur yang baru, anda hanya perlu ingat 3 perkara ini:

  1. Jangan memberi wang tunai kepada perunding, tidak perlu membayar tunai.
  2. Jangan menandatangani borang kosong untuk menjimatkan masa.
  3. Sentiasa pilih perunding yang sah. Ingat bahawa perunding anda mestilah diberi kuasa oleh FIMM.

Image via Giphy

Jangan lupa untuk klik LIKE Facebook Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) dan ikuti updates terkini!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!