Kes Faisal Halim Disimbah Asid Diklasifikasi Sebagai "Tiada Tindakan Lanjut"
Faisal Halim menjadi mangsa simbah asid di sebuah pusat beli-belah sekitar Petaling Jaya pada 5 Mei tahun lepas.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kes simbah asid melibatkan pemain bola sepak negara, Faisal Halim disahkan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA)
Menerusi laporan Kosmo, Peguam Nik Zarith Nik Moustpha berkata perkara itu dimaklumkan menerusi satu surat daripada Jabatan Peguam Negara bertarikh 18 Februari 2025.
"Kami membuat kenyataan di sini sebagai peguam yang mewakili anak guam kami, Faisal Halim berhubung kes serangan simbahan asid terhadap beliau pada 5 Mei 2024.
"Sepanjang tempoh siasatan kes ini, pihak kami mengambil beberapa langkah proaktif bagi memastikan kes ini diberikan perhatian yang sewajarnya.
"Walau bagaimanapun, kami telah menerima satu surat dari Jabatan Peguam Negara, dimana pihak kami dimaklumkan bahawa kes ini sudah diklasifikasikan sebagai "Tiada Tindakan Lanjut" ataupun No Further Action (NFA)," katanya.
Surat tersebut turut menyatakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak dapat mengesan sebarang petunjuk baharu
Menurutnya lagi, surat berkenaan turut memaklumkan pihak PDRM tidak dapat mengesan sebarang petunjuk bagi mengesan suspek kes terbabit.
"Surat tersebut juga menyatakan bahawa pihak PDRM tidak dapat mengesan sebarang petunjuk yang dapat mengaitkan kes ini dengan mana-mana individu sebagai suspek, dan segala usaha yang telah dijalankan bagi tujuan tersebut tidak membuahkan hasil.
"Ternyata bahawa anakguam kami berasa kecewa dengan hasil siasatan tersebut. Kami akan teruskan perbincangan dengan anakguam kami untuk menentukan langkah-langkah yang seterusnya," tambahnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!