seismik

"Kerja Siang Malam" - Rider Surprise Belikan Blender Untuk Ibunya Niaga Buat Ramai Sebak

Rezeki yang halal.

Cover image via @ikkyalp (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai anak yang sudah bekerja, sudah tentu menjadi tanggungjawab kita untuk membantu meringankan beban di rumah

Semestinya, kita memang gembira melihat ibu ayah kita bahagia dan tidak bersusah payah. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membalas semua jasa mereka. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang rider dilihat bekerja bertungkus lumus untuk membelikan barang keperluan ibunya meniaga telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@ikkyalp

Semoga orderan grab gw gacor terus, biar bisa selalu bahagiain mama kek gini #fyp #ojol

Sang Dewi - Lyodra & Andi Rianto

Gigih bekerja sambil jimat masa beli makan sebab nak surprisekan ibu

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang rider merakam gelagat ibunya yang sedang berniaga menjual jus buah.

Blender ibunya itu dilihat sudah rosak dan susah untuk mengisar buah. Sebagai anak, dia bertekad untuk bekerja lebih keras untuk membelikan ibunya blender baru. Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat gigih kerja siang dan malam dan berjimat dalam bab makan untuk mengumpul duit.

Setelah seharian bekerja, dia dilihat dapat mengumpul duit dan terus membelikan ibunya blender baru. Sebaik saja ibunya menerima blender itu dengan sebuah kertas ucapan anaknya itu, si ibu dilihat mengalirkan air matanya kerana terharu.

"Ketika orang tua kita tersenyum kepada kita kerana bahagia, maka Allah juga tersenyum kepada kita" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4M tontonan, 666K tanda suka dan 17K komen di TikTok, rata-rata netizen turut sebak melihat ibunya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga kita semua boleh jadi macam abang ni, bahagiakan mak ayah kita :'D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: