seismik

Keriangan Tanpa Henti! Pelbagai Aktiviti Menarik Hanya Di Festival Yang Awesome Ini. JOM?!

Festival ini bakal menggegarkan warga Seremban pula. Ayuh!

Cover image via GoGegaria / Facebook

Shah Alam, Johor Bahru, Kuantan, Ipoh dan Kuala Lumpur sudah. Kali ini lagi gempak guys, macam-macam ada. Kira sehari tu memang tak cukup untuk bersuka-ria!

Image via GifImage.net

Jika anda ingin tahu, kali ini Festival Gegaria akan diadakan di Dataran Centrio Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan pada 7 April 2018 (Sabtu). Jadi untuk warga Seremban, anda boleh turun padang untuk memeriahkan lagi festival ini!

Jika anda tidak pernah berkunjung ke festival ini lagi, memang disarankan untuk datang. Anda takkan menyesal, walaupun berpanas di waktu tengahari, masih ramai yang berpusu-pusu datang. Hebat bukan?!

Image via postimg.org
Image via postimg.org

Dalam masa satu hari, pelbagai jenis aktiviti awesome bakal dianjurkan. Pastikan anda bawa seramai yang boleh ya. Baru meriah!

Sebelum itu, jom check out aktiviti apa yang bakal dianjurkan nanti!

1. Throwback Tunnel

Throwback Tunnel membawakan ilustrasi gambar tinggalan sejarah dari tahun 1950-an sehingga kini, sumber dari New Straits Times Press (NSTP).

Semua artwork ini telah direka khas oleh kakitangan NSTP dari AdStudio sempena meraikan pencapaian kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang. Menarik sangat bukan? Throwback Tunnel ini akan dibuka bermula jam 8:30 am - 8 pm ya. Jangan lepaskan peluang untuk masuk!

2. Fitness Dance. Ini memang WAJIB join, memang syok habis!

Aktiviti Fitness Dance ini sesuai untuk semua peringkat umur, jadi jangan risau. Tak ada yang extreme pun, semua aktiviti adalah untuk anda lebih rileks dan enjoy di festival ini.

Macam mana nak register? KLIK DI SINI!

Izzat Zin

Image via Glam Lelaki

Aktiviti Fitness Dance ini bakal dikelokakan oleh Izzat Zin iaitu Instructor Fitness Dance anda semua nanti yang akan bermula pada jam 8:30 am -10:30 am.

Jika anda ingin bersama-sama dengan mereka untuk melakukan aktiviti sihat ini, boleh mendaftarkan diri dan berpeluang mendapatkan goodie bag khas dengan barangan ekslusif Gegaria.

3. Disambut dengan art installation gergasi #GoGegaria.

Struktur dan warna-warna gegaria juga dilhamkan oleh rumah-rumah tradisional Melayu yang cantik!

Image via postimg.org

Cantik sangat bukan?

Dengan warna-warni dan struktur rumah Melayu lama yang semestinya bakal membuatkan anda lebih excited untuk menghadirkan diri di Festival Gegaria ini!

4. Banyak tempat menarik untuk dapat gambar yang boleh dikatakan insta-worthy! Baru cantik sikit feed Instagram anda. :)

Untuk yang suka bergambar, festival ini memang sesuai sangat untuk anda semua. Dengan latar belakang yang berwarna-warni ini akan lebih mencantikkan lagi instagram feed anda semua. Tak rugi datang festival ini tau! Boleh simpan memori dengan gambar yang cantik-cantik.

5. Booth Lifestyle akan membawakan barisan selebriti dan influencer terkenal. Mereka bakal membincangkan pelbagai topik yang berbeza untuk para pengunjung.

Menarik kan?

Image via postimg.org
Image via Kita Punye
Image via Berita Harian

Siapa influencer dan artis terkenal yang bakal menghiburkan anda nanti di Booth Lifestyle?

Kita ada Scha Alyahya & Awal Ashaari, Elfira Loy, Faiz Dickie & Vikar, Diana Danielle & Naz, Bunkface, Shalma & Azira Shafinaz, Ejen Ali, Myra Zainal, Reen Rahim & Eyka Farhana, Dr Say dan Wani Kayrie.

Booth ini memang WAJIB anda kunjungi sebab dapat berjumpa dengan mereka semua face-to-face serta beramah mesra. Nak selfie pun boleh ya!

6. Selain berhibur, boleh juga check tahap kesihatan anda secara PERCUMA!

Di Festival ini anda jangan risau, anda tidak akan dikenakan sebarang caj. FREE sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk kunjungi booth ini ok!

7. Kepada yang suka main games, singgah je Booth E-Games ini! Macam-macam ada, tak tahu nak pilih yang mana? Masuk je.

Image via postimg.org

Booth MyGameOn eSports Zone ini membolehkan anda bermain game seperti:

1. Tournament eSports FIFA Online 3 - Hadiah terkumpul RM 10,000

Pusingan kelayakkan akan diadakan di tempat yang berikut:

  • Lokasi 1: Game Master, Seremban Jaya, Senawang
  • Lokasi 2: Forbidden City Cyber Cafe, Lobak, Seremban
  • Untuk mendaftar, boleh klik di link ini! Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh klik di sini!
  • Nota penting: Setiap lokasi hanya akan melimitkan pendaftar sehingga 64 orang sahaja ya. Siapa cepat, dia dapat.
2. Tournament 'Tekken 7' - Hadiah terkumpul RM3,000
Untuk mendaftar, sila klik di link ini! 32 orang sahaja yang bakal terpilih ya.

3. F1 Racing Simulator Challenge - Hadiah terkumpul RM2,000.
Anda tidak perlu mendaftar untuk sertai, datang je di Festival Gegaria, Seremban nanti ok.

4. On-ground Gaming Zones by Kitamen:
  • VR game: “Until Dawn: Rush Of Blood”
  • PS4 game: “Dragon Ball Z”
  • Nintendo Switch game: “Mario Kart 8 Deluxe”

8. Bila perut dah lapar mesti nak cari makanan pula kan? Jangan risau, semua ada di sini!

Bermula aktiviti menarik, sehingga hidangan yang memang umpphhh..!

Bukan itu saja, Gegaria turut membawakan sesi Food Demo di Booth Dapur Panas.

Di Booth ini juga akan ada JJCM Cooking Demo bersama Akma Abdullah dan juga chef selebriti iaitu Nazrudin Rahman. Mereka akan menganjurkan peraduan Makan Challenge, siapa menang bakal menerima merchandise daripada JJCM! Macam best je.

Image via ytimg.com

Di sana nanti akan ada beberapa makanan unik dari Malaysia bakal dihidangkan untuk setiap pengunjung. Pelbagai lambakan makanan untuk anda cuba!

Image via ohbulan.com

9. Permainan Tradisional dulu-dulu pun ada. Mana tahu nak throwback ke masa anda kecil dulu anda pernah main semua mainan ini. :P

Dan pelbagai aktiviti lain yang menarik

Image via GoGegaria / Facebook

Aktiviti sepak raga

Image via GoGegaria / Facebook

Kalau anda nak tahu, crowd di Festival Gegaria Shah Alam, Johor Bahru, Kuantan, Ipoh dan Kuala Lumpur baru-baru ini memang sangat ramai dan mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan. Memang tak rugi jika anda ingin berkunjung untuk kali ke 6!

Image via Berita Harian

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menghiburkan hari anda dengan:

  • CSR Community Booth
  • Fitness Dance
  • E-games
  • Live performances
  • Throwback Tunnel
  • Lifestyle sharing session bersama influencer
  • Permainan Tradisional

10. Konsert penutup yang sering dinanti-nantikan oleh setiap pengunjung! Wohooo, memang syok habis.

Image via Nazlan Nasir

Setelah selesai, apa pula konsert penutup untuk Gegaria Entertainment yang akan diadakan pada waktu malam. Anda bakal dihiburkan dengan persembahan yang begitu bertenaga oleh artis tempatan tanah air!

Crowd yang begitu ramai sampai penuh! Tapi memang gempak habis!

Image via Berita Harian

Kalau anda nak tahu konsert line-up pada waktu malam seperti di bawah:

  • Bunkface
  • Noh Salleh
  • Gerhana Ska Cinta
  • Kugiran Masdo
  • Waris
  • Izzue Islam
  • Orkes A. Hizadin

Anda boleh buat Facebook Live atau post di Insta-story masa konsert ini nanti dan jangan lupa untuk hashtag #GoGegaria #KitaOK #YouCanDuit ya!

Jangan lupa temu janji kita di Dataran Centrio Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan pada 7 April 2018 nanti ya! #GoGegaria #KitaOK #YouCanDuit

Image via Tenor

Jangan lupa follow Facebook dan Instagram Gegaria untuk update yang terkini! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jom berGEGARia!