Kereta Dipecah & Laptop Dicuri - "Jangan Ingat Simpan Device Dalam Bonet Kereta Selamat"
Difahamkan, kereta wanita itu dipecah masuk meskipun di parkir tempat terbuka.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Zaman sekarang ini banyak kes jenayah yang berlaku tidak kira di mana sahaja
Malah, perompak sudah bijak dan mempunyai alatan canggih untuk melakukan kerja kotor mereka. Mereka ini juga sudah berani melakukan jenayah walaupun di tempat terbuka.
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi pengalaman selepas keretanya dipecah oleh penjenayah.
Penjenayah dapat detect gajet, pecah masuk kereta walaupun di tempat awam
Menerusi video di akaun TikTok @princesspac1122, seorang wanita berkongsi pengalamannya sewaktu keretanya dipecah masuk.
Menurutnya, sebelum ini laptopnya yang disimpan di dalam kereta telah dipecah masuk dan curi.
Difahamkan, dia telah meletakkan laptopnya di bawah tempat duduk dengan tingkap yang gelap dan sudah dilindung dengan cover.
Namun, penjenayah tetap dapat mengesan keberadaan barangannya itu. Tambahnya, dia ketika itu parkir di kawasan terbuka.
Dia juga menasihatkan orang ramai agar tidak menyimpan gajet dan barangan penting di dalam kereta walaupun di dalam tempat tersembunyi kerana penjenayah dapat mengesannya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!