seismik

"Saya Tak Gila Jawatan MB" Dan 5 Lagi Kenyataan Ahmad Bashah Sebelum Jadi MB Kedah

Pi mai pi mai pi kat dia pulaq dah.

Cover image via SAYS

Setelah sekian lama menjadi isu hangat, hari ini segalanya sudah terjawab apabila Datuk Seri Mukhriz Mahathir bukan lagi menjadi MB Kedah Darul Aman

Image via SAYS

Jawatan itu nampaknya telah diganti dengan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. Untuk pengetahuan semua, Ahmad Bashah merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Pengerusi BN Kedah. Beliau juga adalah anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata (dahulu Alor Merah) untuk lima penggal sejak 1995.

Pelantikan Ahmad Bashah itu disahkan oleh Mukhriz pada sidang media pagi tadi.

freemalaysiatoday.com
Image via SAYS

Akan tetapi, sebelum perlantikan ini dibuat, Ahmad Bashah ada mengeluarkan beberapa kenyataan yang macam hmmm.... Jom kita lihat di bawah:

1. "Tidak ada bincang siapa MB Kedah baru."

23 Januari lepas, ketika kecoh mengenai berita bahawa jawatan besar Mukhriz akan bertukar tangan, ramai dapat mengagak bahawa Ahmad Bashah akan menggantikan tempat Mukhriz itu.

Ini kerana, satu perjumpaan telah diadakan antara beliau dengan Perdana Menteri, Najib Razak bersama ahli-ahli UMNO Kedah yang lain. Jadi, ramai yang mengagak pasti isu MB yang dibualkan mereka.

Tetapi menurutnya, isu itu langsung tidak dibincangkan semasa perjumpaan tersebut.

Menurutnya, ia dijalankan dengan tenang dan seolah-olah seperti satu 'keluarga', tetapi kesemua mereka serius mahukan perubahan demi kebaikan UMNO Kedah.

sinarharian.com.my

Katanya, mereka hanya berbual megenai parti yang perlu melakukan perubahan demi kebaikan parti.

"Kami rasa, sampai masanya perlu ada perubahan, pasal kita tak yakin hadapi pilihan raya, lagipun keputusan ini suara 14 ketua bahagian (UMNO) daripada 15 (Bahagian UMNO di Kedah)," katanya.

sinarharian.com.my

2. "Terpulang kepada presiden parti, itu hak beliau, siapa-siapa pun yang jadi Menteri Besar kami akan sokong."

Dalam perjumpaannya itu, beliau sendiri ada mengatakan bahawa ia terpulang kepada Najib untuk memilih siapa yang akan menjadi Menteri Besar di negeri jelapang padi itu.

Kenyataan tersebut nampaknya menunjukkan beliau sendiri tidak tahu bahawa beliau akan dipilih menggantikan tempat Mukhriz.

Berhubung khabar angin kononnya beliau akan diangkat menjadi Menteri Besar Kedah yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Ahmad Bashah berkata terpulang kepada keputusan Najib selaku presiden parti.

sinarharian.com.my

3. "Saya bukan dalang atau pak turut."

Semakin hari nama Ahmad Bashah semakin hangat diperkatakan. Daripada hanya dikenali di Kedah, kini beliau dikenali satu Malaysia. Malah, ada juga yang menyifatkan beliau merupakan "dalang dan pak turut" berkaitan dengan isu perletakan jawatan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Image via www.bernama.com

UTUSAN: Ramai yang kata Datuk Seri yang menjadi dalang dalam komplot untuk menjatuhkan Datuk Seri Mukhriz sebagai Menteri Besar, apa komen Datuk Seri?

AHMAD BASHAH:
Takkan saya nak bagi orang lain bercakap. Saya bercakap sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri, saya bercakap mewakili semua pihak.

Jika bukan menjadi dalang adakah Datuk Seri terpaksa mengikut arahan pihak tertentu untuk mencetuskan perkara ini?

Tidak! Saya tidak menurut arahan sesiapa kerana ini yang kami rasa sebagai pemimpin UMNO Kedah. Takkan kita nak ikut orang-orang lain dari Kedah. Saya tiada masalah peribadi dengan Mukhriz, beliau orang baik kalau kata ada masalah peribadi dari dulu kita tidak terima beliau. Kita buat kerja macam nak ‘rak’ untuk bantu BN (Barisan Nasional) Kedah. Bukan itu sebabnya.

utusan.com.my

Baca temuramah penuh DI SINI.

4. "Saya tidak gila jawatan Menteri Besar."

Malahan lagi, sesetengah pihak juga menyifatkan beliau seorang yang gila jawatan Menteri Besar.

Timbalan Pengerusi UMNO Kedah itu berkata, beliau telah memberi laluan kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjawat jawatan itu selepas pilihan raya umum lalu walaupun hakikatnya pada ketika itu beliau menyandang jawatan sebagai Pengerusi UMNO Kedah dan Pengarah Pilihan Raya Umum BN.

freemalaysiatoday.com
Image via www.nst.com.my

"Saya terima kerana pada masa itu tujuan kita adalah untuk menang dan merebut kembali kuasa di tangan pembangkang," katanya.

themalaysianinsider.com

5. "Saya cuma pejam mata hayati ucapan Tuanku, bukannya lena."

Ketika awal berita megenai ura-ura yang mengatakan beliau akan menggantikan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah, ramai yang bercerita mengenainya yang tidur dalam satu acara istana.

Sekeping gambar beliau sedang terlena ibarat dibuai mimpi enak ketika dalam acara istana mula tersebar luas ketika itu. Bagaimanapun, beliau menafikan tuduhan tersebut.

Hari ini, dia menjelaskan perkara sebenar mengenai gambar tersebut.

"Saya duduk sebaris dengan semua tetamu kenamaan termasuk Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Jadi tidak mungkin saya akan berbuat demikian.

"Semua dakwaan itu adalah tidak benar dan sengaja memberi gambaran negatif terhadap saya,"
katanya pada sidang media di ibu pejabat UMNO Kedah hari ini.

sinarharian.com.my

Terdapat serangan di Internet kepada kumpulan anti-Bashah sebelum ini yang cuba menggambarkan timbalan pengerusi UMNO Kedah itu sebagai 'kaki tidur'.

malaysiakini.com

Dan akhir sekali...

6. "Alhamdulillah, terima kasih atas perkenan Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah melantik saya sebagai MB Kedah."

Hari ini menceritakan segala-galanya. Nampaknya jawatan MB Kedah memang menjadi milik Ahmad Bashah. Beliau menzahirkan rasa syukur dengan pelantikan itu dan berjanji untuk meneruskan kesinambungan pembangunan di Kedah seperti sebelum ini.

Image via SAYS

Katanya, beliau berpandangan bahawa kepercayaan rakyat kepada UMNO di Kedah tidak tergugat kerana apa yang berlaku buat waktu ini bukanlah satu krisis sebaliknya hanya peralihan kuasa.

sinarharian.com.my

Bagaimanapun, Mukhriz ada beri pesanan, "Jangan lena masa angkat sumpah."

Image via SAYS

Jadi lagu mana rakyat kedah? Dapat pak baru la ni suka dak?

Image via gifrific.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jangan lupa baca juga kisah lain mengenai UMNO DI SINI:

You may be interested in: