Kenapa Lawatan Presiden China Ke Malaysia Penting Masa Dunia Sedang Dalam Trade War?
Ketibaan Presiden China disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Bunga Raya, KLIA.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seperti semua sedia maklum, Presiden China, Xi Jinping telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.30 petang semalam bagi memulakan lawatan negara ke Malaysia selama tiga hari
Menurut laporan Kosmo!, ketibaan beliau dengan menaiki pesawat Air China jenis Boeing 747 itu disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Bunga Raya, KLIA.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke turut menyambut kehadiran beliau bersama delegasi negara itu.
Susulan itu, beberapa laluan di Putrajaya dan ibu negara ditutup bagi memudahkan pergerakan Presiden China sempena lawatan negara ke Malaysia.
Pasti ramai tertanta-tanya, mengapa lawatan Xi Jinping penting semasa trade war paling serius sedang berlangsung?
Seorang pengguna di laman X iaitu @ammarFRS berkongsi pendapatnya mengenai motif dan kepentingan lawatan negara China ke Malaysia.
Antara kepentingan yang disebut adalah perjanjian ekonomi digital, perdagangan dan pelaburan, infrastruktur dan tenaga serta kewangan.
"Apa pun hopefully this visit akan boost our economy jadi lebih baik in short term and long term. Adakah Trump pun akan visit kita nanti? Let’s wait & see," tulisnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!