seismik

Kenapa JAIS Serbu Perkahwinan Orang Hindu Di SS1?

Majlis perkahwinan sepasang pengantin beragama Hindu di Petaling Jaya diserbu oleh beberapa pegawai dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 1 Jun 2014 lalu.

Cover image via katakcomel.my

[TERKINI] Kerajaan Masih Siasat Kes JAIS Serbu Majlis Perkahwinan Hindu

Kerajaan masih menyiasat kes seorang wanita yang didakwa melangsungkan perkahwinannya mengikut agama Hindu sedangkan dia mempunyai nama Islam.

bernama.com

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

Image via borneocolours.com

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata kerajaan peka dengan pandangan masyarakat berhubung perkara itu, khususnya permohonan wanita berkenaan, Zarena Abd Majid, 32, yang dilapor ingin menukar agamanya.

themalaysianinsider.com

"Kerajaan akan terus meneliti perkara ini," kata Kurup kepada pemberita.

mstar.com.my

5 Jun: Bekas Mufti Perlis Kata JAIS Bersikap Seperti Taliban

Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyerbu majlis perkahwinan pasangan Hindu baru-baru ini, dan menyatakan kebimbangannya negara kini menuju ke arah "Talibanisasi".

themalaysianinsider.com

Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyerbu majlis perkahwinan pasangan Hindu baru-baru ini.

Image via themalaymailonline.com

Mohd Asri mempertikaikan tindakan JAIS itu yang dikatakan akan menyebabkan imej Islam tercemar.

themalaysianinsider.com

“Jais perlu hati-hati kerana ia akan beri imej salah kepada masyarakat, malah dunia akan beri perhatian isu ini. Semakin hari masyarakat dunia melihat dunia ini cenderung kepada proses Talibanisasi dalam beragama disebabkan tindakan ini,” katanya.

informasi.my

Dia Turut Menyelar Tindakan JAIS Itu Yang Dianggap Akan Menimbulkan Pelbagai Salah Sangka Dalam Kalangan Masyarakat

"Ini semua tindakan tidak bijak, tidak ada kebijaksanaan yang akan beri imej negatif dalam pengurusan agama pada ketika kita sudah mempunyai isu yang banyak memberi imej negatif dan salah sangka bukan di kalangan bukan Islam sahaja tapi juga umat Islam sendiri."

informasi.my

"Ia sangat bercanggah dengan kempen wasatiyah yang dibawa oleh perdana menteri sendiri. Sepatutnya JAIS boleh selesaikan isu ini lebih awal apabila ada maklumat, kenapa hari perkahwinan baru hendak serbu dan lakukan soal siasat, kenapa sebelum itu tidak buat," tegas Asri.

themalaysianinsider.com

Isu Mualaf Juga Perlu Diteliti Semula Memandangkan Situasi Ketika Ini Sudah Berubah Jika Dibandingkan Dengan Zaman Dahulu

"Pada zaman dulu, orang keluar Islam sebab ada elemen pengkhianatan dan dalam mana-mana undang-undang memang hukumannya keras, bukan sahaja di dunia Islam tapi agama Kristian pun ada hukumannya."

informasi.my

"Tapi sekarang ini kita berdepan suasana baru dan memerlukan ijtihad baru serta pandangan baru dalam hal ini. Kita kena lihat balik faktor-faktor ini untuk melihat dalam suasana lebih matang tentang masalah bukan Islam yang emak dan bapa peluk Islam," tambahnya lagi.

themalaysianinsider.com

4 Jun: Tujuh Tahun Nak Buang Status "Islam" Di Kad Pengenalan Tapi Tak Berhasil

Zarinah (kanan) telah menghabiskan masa selama 7 tahun untuk membuang status "Islam" pada kad pengenalan namun tidak berhasil.

Image via themalaysianinsider.com

Sejak tujuh tahun lalu, Zarina Abdul Majid berulang-alik ke Mahkamah Syariah dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuang perkataan “Islam” di kad pengenalannya kerana beliau tidak mengamalkan kepercayaan agama itu.

themalaysianinsider.com

Beliau sudah membelanjakan beribu ringgit membayar peguam tetapi semuanya tidak berhasil. Zarina akhirnya membuat keputusan tegas untuk berkahwin dengan lelaki dicintainya, seorang penganut Hindu di sebuah kuil.

themalaysianinsider.com

"Saya Sudah Bosan Dan Tidak Boleh Tunggu Lebih Lama. Usia Saya Sudah Meningkat Dan Saya Mahu Keluarga Sendiri," Kata Zarina

“Walaupun nama saya nama Islam, saya mengamalkan kepercayaan Hindu. Saya juga mengikut adat dan budayanya. Saya sudah membelanjakan kira-kira RM20,000 untuk yuran guaman tetapi tiada apa yang berubah. Di atas kertas, kami masih Islam."

yahoo.com

“Kebanyakan tetamu saya yang hadir ke majlis perkahwinan tempoh hari terkejut dan meninggalkan majlis tanpa menjamah makanan. Sangat memalukan dan menyakitkan hati,” katanya.

yahoo.com

Walaupun Kecewa Perkhaiwnannya Dibatalkan, Dia Tetap Menganggap Kejadian Ini Sebagai Satu Rahmat

Zarina berkata, beliau tahu siapa yang memberitahu pihak berkuasa tentang perkahwinannya tetapi menganggapnya sebagai satu ‘rahmat’.

themalaysianinsider.com

“Selama ini saya melawan dalam pertempuran yang saya akan kalah untuk hak saya dan tiada siapa yang tahu. Saya harap keadilan akan berlaku sekarang kerana masalah saya sudah diketahui umum,” tambahnya lagi.

yahoo.com

Dalam Pada Itu, Menteri Besar Selangor Bersedia Membantu Zarina Menyelesaikan Status Agamanya

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersedia membantu pengantin wanita Hindu yang didaftarkan sebagai Islam menyelesaikan status agamanya, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

themalaysianinsider.com

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Image via worldcdn.net

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) selepas mendengar penerangan daripada pegawai JAIS. "Dia boleh membuat pertukaran kalau dapat selesaikan nama baru yang beliau ingini."

themalaysianinsider.com

“MMKN kesal dengan kejadian yang berlaku dan mengarahkan JAIS meneliti kes-kes yang melibatkan orang bukan Islam agar insiden seperti itu tidak berulang,” kata Abdul Khalid.

therakyatpost.com

1 Jun: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Bertindak Menyerbu Majlis Perkahwinan Sepasang Pengantin Beragama Hindu Di Petaling Jaya

Majlis perkahwinan yang dijalankan mengikut adat dan budaya agama Hindu tergendala apabila diserbu sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada pagi 1 Jun 2014.

hmetro.com.my

Situasi ketika JAIS menyerbu majlis perkahwinan Hindu pada 1 Jun 2014.

Image via katakcomel.my

DIfahamkan, terdapat kira-kira 50 tetamu sudah tiba di majlis berkenaan pada pukul 10.30 pagi sebelum empat pegawai penguatkuasa JAIS tiba untuk melakukan siasatan.

hmetro.com.my

Tindakan Itu Dilakukan Kerana Pengantin Wanita Terbabit, Zarina Didakwa Merupakan Seorang Wanita Beragama Islam

Situasi ketika JAIS menyerbu majlis perkahwinan Hindu pada 1 Jun 2014.

Image via katakcomel.my

Menurut sumber, perkahwinan antara lelaki beragama Hindu dan pasangannya yang dipercayai beragama Islam dijangka dilangsungkan pada 10.30 pagi dan ia terpaksa dibatalkan selepas pihak berkuasa mendapat aduan bahawa perkahwinan tersebut melanggar undang-undang.

malaysianreview.com

“Pihak berkuasa menerima maklumat daripada orang awam bahawa ia (perkahwinan) akan dilangsungkan pada hari ini dan hasil siasatan mendapati maklumat itu tepat dan serbuan telah dijalankan,” kata sumber.

malaysianreview.com

Presiden Persatuan Hindu Sangam Malaysia Menyelar Perbuatan JAIS Tersebut

Presiden Persatuan Hindu Sangam Malaysia, Datuk R S Mohan Shan, berkata tindakan sedemikian hanya menunjukkan Jais dan polis tidak menghormati dan tidak sensitif kepada masyarakat bukan Islam dan agama mereka.

themalaysianinsider.com

Presiden Persatuan Hindu Sangam Malaysia, Datuk R S Mohan Shan.

Image via merdeka-online.com

"Mereka sepatutnya lebih simpati dengan membenarkan pengantin baru dan keluarga mereka melaksanakan keseluruhan upacara Hindu selepas perkahwinan dan merekodkan kenyataan pada hari lain. Mengapa tergesa-gesa merekodkan kenyataannya pada Ahad itu juga," kata Mohan dengan sedih.

themalaysianinsider.com

Tindakan Jais itu turut dikutuk oleh Majlis Peguam dan Hindraf, yang menuduh penjawat awam itu menindas orang bukan Islam dan menggesa ahli Parlimen menggubal undang-undang bagi melindungi kebebasan agama bukan Islam.

themalaysianinsider.com

Disebalik Kutukan Yang Diterima, JAIS Walau Bagaimanapun Mendapat Sokongan Dari Segelintir Pemimpin PAS

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Ridhuan Mohd Nor menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu kuil Hindu di Petaling Jaya hujung minggu lalu kerana tindakan berkenaan berjaya menyelamatkan akidah seorang umat Islam.

kualalumpurpost.net

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Ridhuan Mohd Nor.

Image via imgur.com

“Bagi umat Islam, tindakan Jais amat wajar kerana ia berjaya menyelamatkan akidah umat Islam daripada terkeluar dari garis Islam. Menjadi suatu kesalahan bagi umat Islam berkahwin dengan penganut agama lain tanpa pasangan bukan Islam itu memeluk agama Islam."

kualalumpurpost.net

“Perkahwinannya di sisi Islam tidak sah dan akan menyebabkan zuriat yang diperolehi juga tidak sah taraf,” kata Ridhuan dan menambah, kes seperti ini menjadi pengajaran betapa seriusnya masalah akidah dan akhlak dalam masyarakat.

kualalumpurpost.net

Kes Ini Masih Lagi Dalam Siasatan Bagi Mengetahui Kesahihan Sebenar Status Agama Zarina Abdul Majid

Laporan JAIS berkenaan kes.

Image via blogspot.com

Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaki Arshad berkata, wanita terbabit yang merupakan kerani pentadbiran di sebuah syarikat swasta, Zarina Abdul Majid, 32 tahun, itu hadir ke pejabat JAIS untuk memberi keterangan.

therakyatpost.com

“Kita baru ambil keterangan wanita terbabit dan akan mendapatkan keterangan ahli keluarganya pula. Setiap keterangan yang diambil akan disiasat dengan teliti," katanya.

therakyatpost.com

Ketika Ditemui, Zarina Mendakwa Masalah Itu Timbul Selepas Bapanya Memeluk Islam Tanpa Memaklumkan Kepada Ibunya

Zarena memberitahu yang bapanya memeluk Islam sebelum dia dilahirkan. Ibunya pula buta huruf dan dia tidak tahu bapanya telah mendaftarkan mereka sekeluarga sebagai orang Islam.

informasi.my

“Saya dan adik beradik hanya mengetahui hal ini selepas saudara terdekat melihat sijil kelahiran kami tercatat beragama Islam."

informasi.my

“Sekitar tahun 2007, saya pernah ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar status agama dalam MyKad namun tidak dibenarkan kerana tiada tandatangan bapa,” katanya yang turut membuat permohonan kali kedua pada April lalu.

therakyatpost.com

JUGA DI SAYS: Seorang Bapa Islam 'Menculik' Anaknya Sendiri Daripada Jagaan Ibu Yang Beragama Hindu

You may be interested in: