seismik

Kenapa Dialog Filem Melayu 80-an, 90-an Begitu Skema & Sepatah? Ini Sebab Anda Perlu Tahu

Mesti ramai juga yang nak tahu kenapa bukan?

Cover image via Blogspot , ROCK Dulu - Dulu (Facebook) , Film Affinity

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika anda pernah menonton filem era 80-an atau 90-an, sudah pasti anda akan perasan perbezaan lontaran suara dan dialog dalam filem zaman itu kelihatan agak skema

Namun, ramai juga yang tidak mengetahui bahawa ada sebab kenapa dialog filem era 80-an dan 90-an terlalu skema dan cara percakapan pelakonnya juga dituturkan sepatah demi sepatah.

Selain pengaruh pentas bangsawan yang memang perlu melontarkan suara satu persatu, kebanyakan pelakon mengambil jalan selamat untuk bertutur sepatah demi sepatah kerana masalah dubbing.

Apa yang dimaksudkan dengan dubbing?

Untuk pengetahuan semua, dubbing adalah suatu proses dimana memasukkan suara ke dalam sebuah filem ataupun drama.

Pada tahun 80-an dan 90-an, ketika proses penggambaran filem sedang berjalan, kamera hanya akan merakamkan filem sahaja tanpa melibatkan suara. Hal ini kerana suara akan dimasukkan kemudian, iaitu beberapa minggu atau beberapa bulan selepas proses penggambaran selesai.

Ini bermakna, para pelakon terpaksa melakukan kerja yang sama sebanyak dua kali iaitu pertama perlu berlakon dan selepas dua atau tiga bulan kemudian barulah dimasukkan suara.

Image via MUBI

Proses dubbing merupakan perkara yang rumit kerana pelakon mungkin sudah tidak ingat dialog

Hal ini akan lebih rumit jika filem itu tidak mempunyai skrip rasmi. Bagi filem mempunyai skrip, pelakon yang mahir akan mengambil jalan selamat dengan bercakap sepatah-sepatah dan mengambil masa dari satu tempat ke satu tempat hanya untuk melontarkan dialog dua atau tiga baris.

Misalnya dari sofa ruang tamu dia boleh berjalan ke arah TV pula untuk 3 atau 4 saat kemudian menyambung dialognya, walhal tak perlu pun untuk berjalan ke sana ke sini.

Ini sebenarnya akan memudahkan lagi kerja pelakon itu nanti apabila dia ingin melakukan dubbing kelak supaya dia boleh ikut gerak bibirnya untuk mengingati atau mengikuti dialog yang telah dilontarkan olehnya.

Oleh sebab itulah mengapa gelak cara 'ehehehe ehehehe' Hail Amir pun nampak begitu skema dan mengambil masa beberapa saat kerana Hail Amir perlu dubbing semula nanti gelak cara 'ehehehe ehehehe' beliau.

Kebanyakan filem Melayu menjalani penggambaran menggunakan proses dubbing

Sangat jarang filem Melayu menjalani penggambaran terus tanpa proses dubbing. Hanya segelintir filem Melayu sahaja yang menjalani penggambaran terus tanpa proses dubbing seperti filem Abang (1981) dan filem Puteri Gunung Ledang (2004).

Selain dari itu, hampir kesemua filem Melayu memerlukan pelakon dubbing suara. Jadi sebab itulah filem-filem Melayu cukup banyak yang muka orang lain tetapi meggunakan suara orang lain.

Contohnya, filem XX Ray II (1995) suara Aleeza Kassim digantikan sepenuhnya dengan suara Ramona Rahman kerana suara asal Aleeza terlalu 'jantan'. Pada tahun 60-an lagi filem lakonan Jefri Zain dialihsuarakan ke bahasa Melayu dengan menggunakan suara Normadiah dan sebagainya. Filem Ali Baba Bujang Lapok (1961) pun dubbing beberapa kali juga kerana dialek Arab yang keterlaluan.

Oh, baru admin tahu rupanya sebelum ini mereka menggunakan proses dubbing :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: