seismik

Kenapa Ada Kumbang Kecil Dalam Beras & Macam Mana Nak Cegah Dari Awal?

Free ekstra protein kot nyam nyam!

Cover image via Exterminateurs Associes & University of Maryland

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau anda pernah nampak ‘serangga halus’ terbang dari bekas beras, itu bukan ilusi

Kebanyakan daripada kita simpan beras dalam tong besar dan bukannya dalam pek plastik kecil. Jadi, bila buka dan nampak serangga hitam kecil terbang atau merayap dalam beras, rasa geli itu memang valid.

Tapi serangga ini ada nama sebenarnya dan ada cara mudah untuk kawal mereka sebelum dapur jadi 'tempat penternakan' mereka.

Nama serangga itu ialah rice weevil, kumbang kecil pemakan beras

Rice weevil atau nama Melayunya, kutu beras merupakan sejenis serangga perosak yang suka bertelur dalam biji-biji beras. Serangga yang menetas akan makan bahagian dalam beras sebagai makanan utama.

Serangga ini adalah kecil, berwarna coklat kehitaman, dan kadang-kadang ia boleh terbang. Saiznya cuma sekitar 2–4mm, jadi memang mudahlah kita terlepas pandang, sampai boleh menyebabkan ia membiak menjadi terlalu banyak.

Lebih menakutkan, kumbang betina boleh bertelur lebih 300 kali sepanjang hayatnya. Dan untuk setiap telur, ia akan tebuk biji beras, masukkan telur dan tutup lubang tu. Bayangkan ada 300 ‘sumber protein’ dalam satu bekas.

Dari mana datangnya kumbang ini?

Kadang-kadang ada antara kita yang salahkan kebersihan dapur sendiri tapi realitinya, serangga ini mungkin dah ikut balik dari pasar raya lagi. Ya, telur kumbang ini boleh ada di dalam beras yang dibungkus, dan menetas bila sampai rumah ketika keadaan panas dan lembap.

Sebab tu, walaupun dapur anda bersih tahap kilang farmaseutikal sekalipun, masih boleh jadi mangsa.

Malah, 'kutu beras' ini bukan saja suka beras, ia juga suka berada berdekatan dengan kekacang, tepung, bijirin, bahkan mi segera pun boleh jadi mangsa.

Cara elak dan kawal kutu beras daripada ‘membiak’ dalam beras

Kalau anda nak elak masalah ini jadi lebih teruk, cuba amalkan beberapa langkah ini:

  • Bekukan beras sekejap lepas beli. Simpan dalam peti sejuk selama 3–4 hari untuk bunuh telur serangga yang mungkin tersembunyi.

  • Simpan dalam bekas kedap udara. Elak simpan dalam bekas terbuka atau plastik yang senang dikoyak.

  • Guna bahan penghalau semula jadi. Daun limau purut, cili kering, bawang putih, atau daun pandan boleh letak dalam bekas beras sebagai penghalau.

  • Lap dapur dan tong simpanan dengan cuka putih. Ia boleh bantu bersihkan bau dan bekas telur serangga.

  • Elak beli terlalu banyak stok. Beli ikut keperluan supaya tak simpan terlalu lama dalam suhu bilik.

Tips tambahan: lap tong beras dengan kain bersih dan kering sebelum isi stok baru. Jangan campur beras lama dan baru, kalau beras lama dah ada serangga, anda telah ‘hibahkan’ masalah ke batch baru.

Masih boleh makan ke beras tu?

Jika hanya ada beberapa ekor kumbang dan beras nampak elok, anda boleh tapis dan cuci seperti biasa sebelum masak. Teknik paling senang adalah ayak dulu, kemudian basuh 2–3 kali sehingga air jernih.

Tapi kalau:

  • Bau tengik

  • Beras nampak reput

  • Terlalu banyak serangga

Maka sebaiknya buang sahaja. Kesihatan kita lagi penting daripada sayang stok beras RM20.

Image via Yummy.ph

Bila nak buang, buang betul-betul!

Jangan buang beras yang dah 'tercemar' ini dalam tong sampah dapur biasa. Masukkan dalam beg plastik berikat kemas dan terus buang ke tong sampah luar rumah. Kalau dibiarkan, kumbang boleh keluar semula dan infest semula dapur.

Selepas tu, lap tong beras dan kawasan simpanan dengan air sabun atau cuka untuk pastikan tak ada telur atau serangga tertinggal.

Kumbang ini nampak kecil dan senyap, tapi boleh mencemarkan satu tong beras tanpa disedari. Cegah lebih mudah daripada rawat!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: