seismik

Wajah Jadi Perhatian Tatkala Covid-19, Kenali KP Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Beliau bertindak sebagai Ketua Pengarah Kesihatan semenjak 1 Mac 2013.

Cover image via Facebook Noor Hisham Abdullah

Raut wajah beliau sering menghiasi kaca televisyen tatkala wabak Covid-19 kian meruncing dan menjangkiti ramai orang baik di dalam mahupun di luar negara

Dalam kekacauan yang melanda negara ini, terdapat satu figura yang sentiasa kelihatan tenang dalam cuba mengawal situasi ini dengan sebaik mungkin.

Image via Google

Hampir setiap hari pada sebelah petang, beliau akan membuat sidang media bagi memaklumkan bukan sahaja kepada para wartawan, tetapi seluruh rakyat dalam negara tentang kemaskini kes wabak Covid-19 yang sedang berlaku di tanah air.

Segala penerangan dan jawapan yang disampaikan disusun dengan teratur, jelas, serta berhemah membuatkan ianya mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.

Bukan itu sahaja, kadang kala dalam sidang media yang diadakan itu, beliau turut akan menyertakan sekali beberapa nasihat dan panduan yang perlu diikuti rakyat jelata bagi membendung masalah wabak ini daripada terus merebak.

Beliau yang dimaksudkan itu adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Mungkin ramai yang masih belum mengenali Datuk Dr. Noor Hisham dengan lebih baik. Oleh yang demikian, berikut adalah beberapa informasi tentang Ketua Pengarah Kesihatan terbabit untuk makluman semua.

1. Dilahirkan di Sepang, Selangor, pada 21 April 1963, Dr. Noor Hisham mempunyai ijazah Sarjana dalam Pembedahan dan ijazah Kedoktoran Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai perubatan semula pada Ogos 1988.

Dr. Noor Hisham kemudiannya menjadi pakar dalam pembedahan endokrin dan melakukan latihannya di pelbagai universiti di Adelaide dan Sydney, Australia.

Beliau juga merupakan Pakar Bedah Umum pada 1994 dan juga Pegawai Perubatan Pakar Bedah Umum Hospital Putrajaya pada tahun 2004.

2. Pada 1 Mac 2013, beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan bagi menggantikan Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman

Sebelum itu, Dr. Noor Hisham memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) sejak 1 Februari 2008.

Selain itu, beliau juga merupakan Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya serta Pakar Perunding Bedah Kanan Hospital Putrajaya pada tahun 2007.

3. Beliau banyak menyumbangkan buah fikiran dalam jurnal tempatan dan antarabangsa serta menulis banyak bab buku teks tentang pembedahan endokrin

Kepakarannya dalam kanser endokrin telah memberikannya kepemimpinan dalam pelbagai pembelajaran serta program jangkauan kesihatan yang inovatif di seluruh Malaysia.

4. Beliau juga merupakan Presiden Majlis Perubatan Malaysia

Bukan itu sahaja, pada Ogos 2017, Dr. Noor Hisham dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Jawatankuasa Eksekutif Komuniti Pakar Bedah Antarabangsa (ISS) untuk 5 tahun iaitu dari 2017 hingga 2019 dan tahun 2019 hingga 2021.

5. Antara pencapaian dan anugerah Dr. Noor Hisham

Anugerah

  1. Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) - 5 Jun 2004
  2. Panglima Jasa Negara (P.J.N.) - 2 Jun 2007
  3. Darjah Dato' Paduka Mahkota Perlis (D.P.M.P.) - 17 Mei 2010
  4. Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.) - 17 Mei 2013
  5. Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri Pulau Pinang (D.M.P.N) - 26 Ogos 2013
  6. Darjah Sri Mulia Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - 5 April 2014

Anugerah lain

  1. Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2000 - Hospital Kuala Lumpur (HKL)
  2. Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2004 - Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL)

6. Antara kelulusan beliau

  1. Medical Doctor M.D (UKM) - 1988
  2. Master of Surgery M.S (UKM) - 1994
  3. Royal Australasian College Of Surgeons Fellowship Training in Breast Endocrine Surgery - 1997
  4. Academy of Medicine Malaysia (A.M.) - 1998
  5. Fellow Academy of Medicine Malaysia (F.A.M.M.) - 2004
  6. Advanced Management Program, Oxford Business School, UK - 2008

7. Antara lantikan khas Dr. Noor Hisham

  1. Royal Australasian College of Surgeons foundation visitor in Hong Kong - 2008
  2. Tetamu khas Sri Lanka College of Surgeon di Colombo - 2010
  3. British J Surgery Lecture (Birmingham) - 2010
  4. 23rd Japanese Association of Endocrine Surgeons Lecture, Tokyo, Japan - 2011
  5. Indian College of Surgeons S Vittal Oration, Kodaikanal, India - 2011
  6. 13th College of Asian Association of Endocrine Surgeon Plenary Lecture, Singapore - 2012
  7. Royal Australasian College of Surgeons International Visitor, Kuala Lumpur - 2012
  8. General Surgeons of Australian International Guest, Hobart, Tasmania - 2012
  9. Fellow of the Royal College of Physicians London, UK - 2012
  10. Goatcher Surgeons in Residence 2013, Royal Perth Hospital - 2013

Menarik, bukan?

Dalam pada itu ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: