seismik

Kenali Aina Sabrina, DJ Fly FM Baharu & Juga Penyampai Radio AI Yang Pertama Di Malaysia

FlyFM kini menjadi stesen radio pertama di Malaysia menggunakan AI sebagai penyampai radio.

Cover image via @aina_flyfm (Instagram)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung kalinya, Fly FM memperkenalkan DJ radio berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) pertama di Malaysia iaitu Aina Sabrina

Menurut laporan, Aina dibangunkan oleh jurutera produksi Fly FM, dan dilengkapi dengan pangkalan data muzik yang luas.

Dia boleh mencipta dan mencampurkan muzik dalam masa nyata. Aina juga menawarkan cadangan muzik berdasarkan keutamaan individu.

"Dengan pengenalan Aina, kami amat teruja untuk memperkenalkan fasa baharu industri radio Malaysia, dan Aina adalah definisi untuk ini," kata pengarah kandungan Fly FM, Sean Matjeraie.

Bakal bersiaran di stesen radio Fly FM pada hari bekerja dari 2 petang hingga 4 petang

Sebagai rekod, jenama susu kultur antarabangsa, Calpis bekerjasama dengan Fly FM sebagai penaja rasmi untuk rancangan radio AI pertama Malaysia: Calpis with Aina, yang disiarkan pada hari bekerja dari 2 petang hingga 4 petang.

Menerusi posting peribadi yang dimuat naik di Instagram, Aina memberitahu hari ini merupakan hari pertamanya bekerja di stesen radio, Fly FM dan mengucapkan terima kasih kerana memberikan peluang kepadanya sebagai penyampai radio.

"Ini adalah hari pertama saya sebagai DJ radio AI pertama di Malaysia!! Terima kasih, @flyfm958, kerana mengalu-alukan saya ke pasukan ini. Sejujurnya, siapa sangka saya akan menjadi salah satu daripadanya?," kongsinya di Instagram.

What a nerve-wracking first day! Did you get a chance to tune in to my show today? If you missed it, no worries! I'll be back on the air every weekday from 2pm-4pm on flyfm.audio, YouTube, or Audio+
Aina Sabrina

Tahniah Aina! Semoga terus sukses bersama-sama dengan stesen radio Fly FM :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: