seismik

Kena Kecam Muat Naik Video Di Al Ula, Wanita Tampil Beri Penjelasan - "Itu Tempat Lain"

Dengar sampai habis dulu penjelasan dia.

Cover image via @ninicomei (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai umat Islam, adalah tanggungjawab kita untuk mengikut suruhan daripada Allah SWT dan meninggalkan larangan-NYA

Ia demi menjadikan kita sebagai seorang muslim yang baik dan sentiasa diredhai di sisi-NYA. Namun, pernahkah anda mendengar sebuah kota di Arab Saudi yang bernama Al Ula?

Baru-baru ini, kecoh apabila seorang usahawan wanita berkongsi menziarahi lokasi tersebut dan menunjukkan keindahan alam semula jadi di sana.

Tampil pertahankan diri jawab isu yang tular

Menerusi video tersebut, wanita itu menjelaskan sebelum ke sana dia telah membuat umrah dahulu di tanah suci.

Malah, dia juga menerangkan satu artikel tentang sejarah kota berkenaan. Katanya kota Al Ula itu besar dan diami ramai orang.

Namun, tempat yang dilarang pergi bagi umat Islam adalah di Mada'in Saleh (Hegra). Ia mengambil masa 20 minit dan jaraknya lebih kurang 30 kilometer dari Al Ula.

Malah, menurutnya kita tidak boleh sesuka hati masuk ke tempat larangan tersebut kerana memerlukan permit.

Dia juga berharap agar netizen tidak sesuka hati melemparkan komen berbaur negatif jika tidak tahu kisahnya.

Untuk pengetahuan anda, kota Al Ula atau lebih dikenali oleh orang tempatan sebagai Madain Saleh yang di mana mengikut sejarahnya pernah diminta oleh Nabi Muhammad supaya dihindari untuk ke sana.

Nabi Muhammad pernah mengelak kawasan ini kerana terkenal sebagai tempat turunnya azab Allah kepada kaum Nabi Saleh. Bagi masyarakat Saudi pula, kawasan yang terletak 1,100 km dari ibu kota Riyadh itu juga dianggap sebagai tempat tinggal roh jahat.

"Alhamdulillah new knowledge" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas mendengarnya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 917.2K views, 58.1K likes dan 55 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

Kena selidik dulu sebelum nak kecam lain kali ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: