seismik

"Kena Banyak Sabar" - Lelaki Kongsi Fakta Tentang Anak Kedua, Ramai Setuju & Boleh Relate

Betul lah tu.

Cover image via @fhaissalim (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam adik-beradik, pasti ada salah seorang perangainya agak lain sikit daripada yang lain bukan?

Kebiasaannya, anak kedua sering menjadi perhatian adik-beradik lain kerana perangai mereka yang agak keras kepala dan garang.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki berkongsi beberapa fakta tentang anak kedua telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kebanyakan anak kedua tak suka ikut arahan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fhaissalim, kelihatan lelaki itu yang selalu berkongsi tips parenting menyatakan beberapa fakta tentang anak kedua.

Menurutnya, anak kedua ini selalu melawan ibu bapa semula apabila mereka dimarah. Mereka juga tidak suka mengikut arahan. Namun, mengikut kajian itu sebenarnya normal.

"Kalau dia tak suka dengan apa yang diarahkan, memang dia takkan ikut. So, kena banyak sabar bila kita nak menegur atau marah anak nombor dua ni. Mereka jenis yang suka bertindak ikut naluri. Kebanyakannya begini," katanya.

"Memang susah nak handle anak nombor 2 ni. Cakap selalu tinggi suara. Beza dengan anak nombor satu. Tapi kadang-kadang anak nombor 2 ni lembut hati. Ada sifat penyayang tapi hati keras" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.5M views, 98.3K likes dan 26.7K shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut setuju dengan apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka sebagai anak kedua menjaga anak sendiri yang memeningkan kepala.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Apa pendapat korang pula? Betul ke anak kedua ni perangai lain daripada adik-beradik yang lain?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: