seismik

Kementerian Pertahanan Kaji Dakwaan Rumah Penduduk Rosak Penangan Pertunjukan LIMA'25

Dalam klip viral tersebut, rumah penduduk terbabit mengalami kerosakan di tingkap dan bumbungnya.

Cover image via @faizul3177 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Pertahanan meneliti dakwaan latihan pertunjukan udara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang mengakibatkan tingkap rumah penduduk kampung rosak seperti yang tular di media sosial

Menerusi salah satu video yang tular di laman TikTok, seorang penduduk menunjukkan keadaan rumahnya yang habis rosak akibat gegaran latihan pertunjukan udara LIMA'25. Siling dan tingkap rumahnya diilihat pecah dan roboh.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kepada Sinar Harian, pihaknya sudah mengambil maklum dan tidak akan mengabaikan dakwaan tersebut.

"Kita akan tengok dan tidak akan abaikan soal itu. Kita akan kaji perkara tersebut. Ada masanya memang akan ada pertunjukan dan sebagainya yang mungkin menyebabkan kesan sedikit," katanya.

Difahamkan, salah seorang pemilik rumah di kawasan itu berkata kejadian tersebut berlaku ketika dia berada kira-kira 200 meter dari rumahnya untuk menyaksikan sesi latihan berkenaan

"Bunyi letupan pada pagi Ahad itu jauh lebih kuat berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bumbung rumah kami sudah banyak kali rosak setiap kali LIMA diadakan.

"Ini kali pertama kami buat laporan polis. Kami pun tidak pasti sama ada boleh tuntut kerugian atau tidak," katanya.

Lihat video itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: