seismik

Siapa Sangka Chong Wei Boleh Ada 'Adik Kembar' Perempuan. Sebijik Gila Muka Diorang!

Terhibur orang ramai bila tengok kembar Chong Wei ni.

Cover image via SAYS

Dalam pada Datuk Lee Chong Wei menggapai pingat perak ketiga peribadi dalam arena Sukan Olimpik, ada orang lain pula yang mendapat perhatian

Chong Wei bersorak selepas mengalahkan Lin Dan di peringkat separuh akhir.

Image via Reuters

Kejayaan Datuk Lee Chong Wei meraih pingat perak menjadi kebanggaan buat kita semua rakyat Malaysia. Dalam masa beberapa hari ini, orang ramai hanya bercakap mengenai badminton terutamanya Lee Chong Wei yang dianggap sebagai wira terhebat negara untuk abad ini.

Chong Wei berpelukan bersama Chen Long selepas perlawanan akhir.

Image via Reuters

Populariti Chong Wei yang mendadak naik ketika Sukan Olimpik Rio baru-baru ini turut mendapat tempias kepada orang lain.

Persoalannya, siapakah orang itu?

Individu yang disebut itu adalah kembar kepada Lee Chong Wei. Ya, kembar Chong Wei!

Cak! Sama kan?

Image via Ika Syazwani/Facebook

Menariknya, kembar Chong Wei ini adalah seorang wanita yang bernama Ika Syazwani, bukan seorang lelaki

Status Ika Syazwani daripada seorang wanita biasa kepada seorang selebriti mencanak naik dalam masa beberapa hari sahaja! Hidupnya kini berubah 180 darjah. Lol :P

Ika Syazwani mula dikenali ramai sejak tiga hari lalu pada 19 Ogos 2016 apabila beliau memuat naik status di Facebook untuk mengucap tahniah kepada "kembarnya" setelah memenangi perlawanan separuh akhir menentang Lin Dan.

Kalau tak silap kami, wajah miripnya bersama Chong Wei memang dah lama orang perasan. Cuma sebelum ini orang ramai tak tahu siapakah identiti sebenar individu dalam gambar berkenaan.

Sekarang bila orang dah tahu, popular terus seorang insan bernama Ika Syazwani. Beliau sebenarnya hanyalah seorang pelajar dan penuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Nah, kami "belanja" lagi 3 gambar Ika Syazwani semata-mata nak tunjuk betapa serupanya wajah beliau dengan Datuk Lee Chong Wei

Orang ramai nampaknya begitu terhibur melihat persamaan wajah wanita ini bersama DLCW. Masing-masing bersetuju bahawa muka mereka berdua memang mirip!

Ada juga yang bertanya:

"Akak ni ada kacukan Cina ke?"

Oh patutlah.

Sejak menjadi popular, Ika Syazwani menerima lambakan friend requests di Facebook, manakala para pelajar di UUM juga mula berminat untuk mengenali dirinya

Siap ada yang minta nombor telefon. Ehem!

Begitulah sedikit asam garam hidup sebagai seorang selebriti. Apa-apa pun, kami harap agar Ika Syazwani tidak membiarkan populariti ini memakan dirinya. Hihi.

Belajar elok-elok naa. Semoga terus sukses di masa hadapan. Bawa pulang pingat emas untuk mak ayah dan keluarga okay? :)

BONUS: Kita kasi faceswap sikit tengok macam mana pergi. :D

Image via SAYS

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Korang dah tengok kembar Rosmah?

You may be interested in: