seismik

"Kemain Happy" - Gelagat Si Kambing Seronok Bermain Dengan Budak-Budak Ini Jadi Perhatian

Comelnya dia main dengan budak-budak tu.

Cover image via @hidayahadnan91 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti rata-rata anda di sini yang mempunyai haiwan peliharaan di rumah bukan?

Haiwan peliharaan ini sebenarnya dapat mengisi waktu lapang kita dengan bermain bersama mereka dan juga dapat menghilangkan rasa bosan.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi gelagat seekor anak kambing bermain bersama anak-anaknya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@hidayahadnan91 Ni ke yg orang maksudkan .."berkawan jangan pilih bulu" ke caner??#bahagiaitusederhana #berkawanbiarramaijanjiiklas #fyp suara asli - Wibowo Larkes Perdan

Terus jaga anak kambing selepas kematian si ibu

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi seekor anak kambing sedang bermain dengan anak-anaknya di sebuah taman perumahan.

Malah, apa yang lebih mencuri tumpan adalah anak kambing itu dilihat sangat seronok bermain dengan mereka sehingga mengikut saja apa yang budak-budak itu lakukan.

Difahamkan, keluarga tersebut telah mengambil keputusan untuk menjaga anak kambing itu selepas kematian ibunya. Sehingga hari ini dia dilihat sangat rapat dan aktif jika dibawa keluar bermain bersama.

Lihat video lain itu di bawah:

@hidayahadnan91 Sampai masanya berpisah jua yer syg.. kerana kita berbeza dalam byk hal ..tp kamu juga ciptaan allah..#bahagiaitusederhana Cinta Membawa Bahagia - Andra Respati

"Amboi seronoknya dia dapat kawan dengan orang, geram" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji kecomelan anak kambing itu yang dilihat sangat seronok dan mesra.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 215.7K views, 21.6K likes dan 949 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comel betul lah. Suka tengok dia main dengan budak-budak tu :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: