seismik

"Kelas Cancel Jangan Happy Sangat" - Pelajar Luah Rasa Sedih Pensyarah Pergi Selamanya

Lebih memilukan, arwah sempat menghantar pesanan terakhir mengharapkan supaya boleh mengadakan kelas bersama pelajar-pelajarnya pada minggu hadapan

Cover image via

Pengalaman sewaktu belajar di universiti merupakan kenangan manis dan pahit yang takkan dapat dilupakan sampai bila-bila

Pada masa itulah kita berkenalan dengan kawan-kawan baru, membuat assignment hingga ke minit-minit terakhir sampai ada yang tidak tidur malam, berjumpa dengan cinta hati serta macam-macam lagi.

Image via Biswardi Hasbi

Dan sudah pasti salah satu daripada perkara yang paling seronok bagi setiap yang pernah bergelar pelajar adalah apabila kelas dibatalkan oleh pensyarah.

Namun, lain pula kisahnya pada perkongsian seorang pelajar ini apabila kelas yang dibatalkan oleh pensyarahnya itu membawa perkhabaran hiba dan sedih

Ternyata perkongsian di laman Twitter oleh @qarlwho atau Carliff Haikal tentang seorang pensyarah yang mengajarnya itu telah menyentak perasaan ramai orang.

Carliff yang kini menuntut ilmu di Universiti Selangor (UNISEL) Bestari Jaya telah meninggalkan pesan khususnya kepada pelajar-pelajar untuk tidak terlalu gembira dengan perkhabaran tersebut.

Menurut pemuda itu, pada mulanya pensyarahnya yang dikenali sebagai ‘Miss Rahimah’  terpaksa membatalkan kelas sepanjang minggu kerana ditahan di dalam wad.

Menerusi ‘screenshot’ yang dikongsikan, Miss Rahimah telah meninggalkan pesanan ringkas kelas dibatalkan pada jam 10 pagi, namun telah dijemput Ilahi petang itu pada hari yang sama akibat jangkitan kuman dalam salur darah.

Lebih memilukan, dalam satu screenshot perbualan, arwah sempat menghantar pesanan terakhir mengharapkan supaya boleh mengadakan kelas bersama pelajar-pelajarnya pada minggu hadapan

Bukan itu sahaja, dia turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya.

Image via Twitter

Menerusi perkongsian seorang lagi pelajar bernama Fithri pula, pemuda itu telah meluahkan rasa dukacitanya di atas pemergian pensyarah terbabit.

Hasil tinjauan di ruangan reply perkongsian itu, ternyata bukan sahaja bekas pelajar arwah, malah beberapa orang warganet turut sama mengucapkan takziah di samping mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Al-fatihah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: