seismik

Kejayaan Shila Amzah Dalam Bidang Hiburan Diiktiraf & Dipamerkan Di Jepun

Shila Amzah sekali lagi mendonia!

Cover image via @Qwertyuiop_SH (X) & YouTube

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, nama Shila Amzah dilihat telah dipamerkan dalam acara World Expo Osaka 2025 di Pulau Yumeshima, Jepun

Menerusi laporan Berita Harian, acara yang berlangsung setiap lima tahun sekali itu telah meletakkan nama Shila Amzah sebagai antara nama besar mewakili Malaysia dalam bidang hiburan.

Dalam ekspo tersebut turut ditunjukkan senarai pencapaian penyanyi berkenaan yang telah mengharumkan nama negara setelah memenangi beberapa pertandingan nyanyian di China termasuklah kejayaannya menjuarai Asian Waze 2012 musim pertama.

World Expo Osaka 2025 merupakan sebuah acara yang disertai 160 negara dan wilayah mempamerkan pelbagai pencapaian teknologi, budaya dan kulinari oleh negara yang menyertainya.

Image via X

Menyedari tentang perkara itu hanya selepas dikongsi oleh seorang pengguna X

Menurut Shila, dia tidak mengetahui akan pameran tersebut dilakukan di Jepun sehinggalah seorang pengguna X berkongsi perkara tersebut kepadanya.

"Sejujurnya, saya hanya menyedari wajah dan pencapaian terpampang di sebuah ekspo bertaraf dunia selepas terbaca dan terlihat perkongsian pengguna akaun X.

"Bagi saya, apa sahaja perkara baik ditulis tidak kira di Malaysia mahupun luar negara amatlah saya hargai.

"Saya bekerja keras bukan sahaja untuk diri sendiri, tapi demi mengharumkan nama negara, jadi pastinya saya sangat bersyukur.

"Bagaimanapun saya enggan meninggi diri. Apabila kita sudah cukup berusaha dan doa, kemudian datangnya rezeki sebegini tentulah saya merasa sangat bangga," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: