seismik

"Kedai Ke Waterpark?" - Gara-Gara Paip Tercabut, Kedai Runcit Ini Habis Dibanjiri Air

Ambil masa juga nak lap satu kedai.

Cover image via @fizzcoco_ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pembaziran penggunaan air berlebihan sering menjadi isu yang hangat setiap tahun

Pelbagai langkah yang diberikan oleh pihak yang berwajib bagi menangani masalah penggunaan air yang berlebihan.

Begitupun, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang lelaki yang dilihat sangat kecewa selepas melihat lantai di kedai tersebut dilimpahi air.

Terkejut masuk kedai, air dah paras buku lali

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fizzcoco_ di TikToknya, rakaman tersebut memaparkan gelagat seorang lelaki yang terkejut melihat suasana kedai tempat kerjanya yang sudah dibanjiri oleh air.

Selain itu, rakaman itu juga memperlihatkan punca berlakunya banjir di kedai berkenaan.

Rata-rata warganet turut bersimpati dengan kejadian tersebut.

Lihat sambungan video di bawah:

@fizzcoco_ Replying to @Aripp @_@ ..Masuk keje pukul 6pagi..tgk kedai mcm ni..sape je tak koyak#fypviral #koyak original sound - FiZz CoCo

"Cuba kuatkan sikit aircond nanti air tu membeku, boleh la ice skating sambil membeli." - Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut atas kecuaian tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video ini telah meraih 2M views, 102.2K likes dan 474 comments.

Berikut di bawah adalah komen dari netizen di TikTok:

Pening kepala member nak menjawab dekat bos :P

Image via TENOR

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: