seismik

Kedah Darul Aman FC Tamatkan Kontrak CEO Batu Serta-Merta Sebagai Duta Rasmi Kelab

CEO Batu sebelum ini telah direman polis bagi membantu siasatan sebuah kes yang didakwa melibatkan dirinya.

Cover image via Bernama & Malay.News

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kelab bola sepak tempatan, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengambil keputusan tamatkan kontrak pempengaruh, CEO Batu sebagai duta rasmi kelab itu serta-merta

Menerusi sebuah kenyataan yang dikongsi di laman sosial rasmi KDA FC, kelab tersebut mengeluarkan kenyataan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang salah laku undang-undang dilakukan mana-mana pihak yang boleh melibatkan KDA FC.

"Pihak KDA FC telah mengambil maklum berkenaan isu berkenaan salah seorang Duta Rasmi KDA FC.

"Pihak KDA FC tidak berkrompomi dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk salah laku dari segi undang-undang.

"Oleh yang demikian, pihak KDA FC dengan ini telah menamatkan kontrak CEO Batu serta-merta,"
kata kenyataan itu.

Image via Instagram

Keputusan dipercayai dilakukan susulan kes polis melibatkan pempengaruh terbabit

Terdahulu, CEO Batu telah ditahan polis bagi membantu siasatan selepas tular dakwaan dia menghantar gambar lucah kepada remaja berusia 14 tahun.

Lelaki tersebut terlebih dahulu telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada 22 Mei sebelum direman pada 23 Mei bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Kes ini dipercayai menjadi punca kelab bola sepak berkenaan mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak serta-merta pempengaruh terbabit sebagai duta rasmi.

Image via Bernama

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: