seismik

Kaum Cina, India Turut Sertai Iftar Dekat Masjid - "Perpaduan Di Kelantan Memang Kuat"

Walaupun majlis berbuka puasa je, tapi seronok tengok masyarakat dekat sana.

Cover image via @miszzhanafirmien (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, sebuah video tular memaparkan kaum Cina dan India berbuka puasa di masjid telah mencuri tumpuan ramai di TikTok

Menerusi perkongsian video daripada @miszzhanafirmien, program iftar di sebuah masjid dipercayai di negeri Kelantan itu menjemput kaum Cina dan India untuk berbuka puasa bersama-sama dengan umat Islam.

Memandangkan video seperti itu jarang tular atau dipaparkan di media sosial, ia telah membuatkan ramai mengagumi keharmonian pelbagai bangsa dan kaum di negeri berkenaan.

"Aku dah pergi banyak negeri, tak nafikan Kelantan dia punya rapat antara bangsa tu lain dari yang lain. Kadang-kadang aku confuse ni Cina ke Melayu, sebab dialek depa sebijik" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 212.5K tontonan dan 18.3K tanda suka di TikTok, rata-rata netizen turut memuji perpaduan antara masyarakat di negeri Kelantan.

Lihat video di bawah:

@miszzhanafirmien

Kaum Cina dan India pun seronok buka puasa. Kat sini xdok rasis2 dehh. This is Kelate bohhh #ramadankareem #masyarakatmajmuk #kelateniboss #norasism #masjidjamekmuhammadikb

Ramadan Kareem - Megan Yagami

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: