seismik

Kastam NZ Berhak Denda RM14,000 Kepada Pelancong Yang Enggan Serah 'Password' Telefon

Undang-undang berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2018.

Cover image via lifewire.com

Siapa sangka kata laluan yang bersifat peribadi selepas ini perlu diberi kepada orang yang tidak dikenali

Image via howtogeek.com

Telefon pintar dan apa jua peranti termasuk laptop menyimpan pelbagai data peribadi seseorang. Sudah menjadi lumrah untuk orang ramai memasang kata laluan yang ketat bagi mencegah siapa-siapa untuk log masuk dan mendapat akses kepada data-data tersebut.

Kata laluan itu tidak sepatutnya diberitahu kepada orang lain. Namun begitu, lain pula ceritanya jika anda ingin ke New Zealand selepas ini.

Pelancong yang enggan menyerahkan kata laluan bagi telefon pintar atau komputer mereka kepada Kastam New Zealand kini boleh dikenakan denda sebanyak 3,300 USD (RM13,720)

Image via pcmag.com

Pegawai di New Zealand telah pun mempunyai kuasa untuk menggeledah peranti digital pelancong.

Tetapi kali ini, Akta Kastam dan Eksais baru yang berkuatkuasa pada hari Isnin, 1 Oktober 2018 membolehkan mereka memberi ancaman denda kepada sesiapa yang enggan menyerahkan kata laluan untuk peranti digital mereka.

Di bawah undang-undang ini, pegawai kastam berhak menggeledah data komputer pelancong atas syak wasangka jenayah seperti mengimport barangan tertentu secara haram. 

Selain ancaman denda, pelancong yang gagal mematuhi peraturan juga mungkin menghadapi pendakwaan

Image via teara.govt.nz

Jurucakap kastam NZ, Terry Brown berkata bahawa pegawai mereka hanya akan mengakses fail yang disimpan di dalam peranti. Sejarah pelayaran dan akaun internet pula tidak akan diakses, malah pegawai kastam juga tidak akan menyimpan mana-mana maklumat kata laluan.

"Kami hanya akan akses data dalam telefon sahaja. Kami tidak akan masuk ke 'Cloud'. Telefon juga akan diakses ketika 'flight mode' dipasang.

"Peralihan dari sistem berasaskan kertas kepada sistem elektronik bermakna akan ada banyak bahan dan dokumen terlarang yang disimpan secara elektronik," katanya.

Nampaknya, peraturan ini telah diselar oleh Majlis New Zealand bagi Kebebasan Sivil dan para pelancong

“Telefon pintar moden mengandungi sejumlah besar maklumat peribadi yang sangat sensitif termasuk e-mel, surat, rekod perubatan, foto peribadi, dan gambar yang sangat peribadi.

“Membenarkan kastam untuk memeriksa dan mendapatkan semua maklumat ini adalah pencerobohan yang serius terhadap privasi peribadi seseorang termasuk pihak ketiga yang berkomunikasi dengan mereka,” ujar jurucakap Majlis New Zealand bagi Kebebasan Sivil, Thomas Beagle.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in: