Kari Ayam Malaysia Kalahkan Rendang, Raih Tempat Pertama Antara 100 Stews Terbaik Di Dunia
TasteAtlas memuji kari ayam Malaysia kerana campuran rempah yang kaya, meletakkannya di hadapan rendang ikonik Indonesia, yang menduduki tempat keenam.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kari ayam kegemaran rakyat Malaysia telah merangkul tempat teratas dalam senarai TasteAtlas dalam 100 stew yang mendapat penilaian terbaik di dunia
Ia sekali gus telah mengalahkan pelbagai hidangan terkenal di dunia termasuklah rendang Indonesia.
Kari ayam biasanya dibuat dengan campuran santan, minyak sapi, tomato dan rempah ratus seperti daun kari, jintan manis, dan kunyit telah memperoleh sebanyak 4.7 bintang.
Menurut TasteAtlas, hidangan ini secara tradisinya dimasak dalam periuk clay pot yang membolehkan bahan-bahannya perlahan-lahan bergabung rasa. Ia sering dihidangkan bersama nasi dan diakhiri dengan jus limau nipis dan ketumbar segar.
Sementara itu, rendang yang sering dianggap sebagai hidangan kebangsaan Indonesia dipuji kerana kepedasan dan proses memasaknya yang lama
Berasal dari kalangan orang Minangkabau di Sumatera Barat, hidangan itu dimasak dengan menggunakan banyak rempah ratus dan cara memasak yang lama agar daging dimasak dengan sempurna.
Walaupun rendang sering dibandingkan dengan kari India kerana perisa yang kompleks, kali ini, kari ayam Malaysia yang mendapat perhatian global, muncul sebagai stew yang dinilai paling tinggi di dunia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!