seismik

Kanak-Kanak Ini Disuruh 'Minta Maaf' Sebab Buat Salah, Tapi Gelagatnya Pula Bikin Dekah

Comel betul!

Cover image via @user4710745603901nasa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mempunyai anak yang masih kecil pasti akan membuatkan anda agak sedikit pening kepala kerana telatah mereka yang bermacam ragam

Mana tidaknya, semakin mereka membesar semakin banyak benda yang mahu dipelajari. Disebabkan itu, pelbagai ragam nakal mereka yang kita boleh lihat.

Namun, lain pula dengan video yang tular di laman TikTok baru-baru ini apabila gelagat seorang kanak-kanak yang dipaksa untuk meminta maaf kerana degil mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kena paksa minta maaf sebab ada buat salah

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang bersama dengan seorang kanak-kanak perempuan di dalam sebuah rumah. Difahamkan wanita itu mungkin mak cik kepada kanak-kanak berkenaan.

Dia kemudian memanggil kanak-kanak itu untuk menyuruhnya meminta maaf kepadanya selepas kanak-kanak tersebut didapati melakukan perkara yang telah membuat dia marah.

Tetapi, apa yang lebih melucukan adalah apabila semasa kanak-kanak itu disuruh untuk meminta maaf kerana timbul pelbagai gelagat yang menghiburkan sepanjang proses itu.

Kanak-kanak itu juga seperti confuse mahu menangis atau gelak kerana reaksinya yang berbeza-beza sehingga melakukan pelbagai riak muka dan badan.

"Budak tu dalam hati terima kasih marah saya aunty" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat kanak-kanak tersebut.

Malah, ramai yang keliru dengan reaksi kanak-kanak itu yang sekejap happy sekejap menangis. Ada juga yang memuji kecomelan kanak-kanak itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 584.8K views, 52.2K likes dan 1,410 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, lawaklah adik ni punya cara nak minta maaf ya. Terhibur! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: