seismik

“Terima Kasih Kerana 7 Tahun Setia Bersama Papa” - Luahan Karl Shafek Untuk Kucingnya

Siapa yang ada kucing sahaja akan tahu perasaan kasih sayang dan macam mana sedihnya bila kehilangannya.

Cover image via imgur.com

Siapa tidak sayang haiwan peliharaan? Selain dapat menemani ketika sunyi, haiwan tersebut juga turut menceriakan suasana dan amat menyeronokkan untuk dimain bersama.

Salah satu haiwan yang kerap dipelihara adalah kucing. Kucing adalah haiwan yang sangat comel dan disukai ramai kerana sifatnya yang jinak dan suka dibelai serta manja dengan manusia. Bukan itu sahaja, menjaga kucing juga tidaklah sukar kerana cara penjagaannya sangat mudah.

Image via Google

Walau bagaimanapun, seperti manusia, kucing juga akan menunjukkan tanda-tanda yang ianya tidak akan hidup lama. Seekor kucing yang akan meninggal biasanya akan menunjukkan beberapa perilaku di antaranya adalah hilangnya nafsu makan dan minum, hilang tenaga dan turunnya berat badan secara drastik.

Pengacara TV popular, Karl Shafek baru-baru ini telah berkongsikan kisah sedih tentang kucingnya, Megat, yang telah meninggal dunia akibat bakteria dalam darah

Perkongsian yang dibuat dalam bentuk instastory menceritakan tentang dari hari pertama Megat dibela dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh sehinggalah saat-saat terakhirnya telah meluluhkan hati ramai orang terutamanya pencinta kucing.

Karl Shafek yang turut memelihara 3 ekor kucing yang lain telah menggelarkan dirinya sebagai Papa serta menganggap kucing-kucing itu sebagai anak-anaknya sendiri.

Di bawah adalah paparan skrin kisah Megat:

Megat bukanlah kucing yang dibeli dari kedai haiwan tetapi merupakan kucing yang di-'adopt' daripada seorang sahabat

Megat sangat manja dan lain daripada kucing-kucing peliharaannya yang lain.

Megat juga pernah dituduh sebagai kucing liar oleh seorang jiran sehingga pernah diugut.

Sebelum ini, Megat pernah beberapa kali hilang menyebabkan keresahan pada hati tuannya

Sampailah waktu di mana Megat mula menunjukkan tanda-tanda yang ianya sedang dalam kesakitan

Oleh yang demikian, Megat telah dibawa ke klinik veterinar untuk mendapatkan rawatan

Megat disahkan meninggal dunia

Terasa perbezaannya dengan ketiadaan Megat disisi

Ekoran insiden ini, ramai pencinta kucing yang lain mula berkongsikan kisah sedih masing-masing

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: