seismik

"Kami Tiada Sijil Halal" - Lavender Bakery Respon & Perjelaskan Isu Alkohol Dalam Ramuan

Ia selepas tular dakwaan premis berkenaan menggunakan alkohol dalam ramuannya.

Cover image via Lavender Bakery Malaysia (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini tular di media sosial selepas sebuah premis makanan terkenal didakwa menggunakan alkohol sebagai bahan di dalam bakeri jualannya

Menerusi hantaran di Facebook Amin Shukor, perkara itu menjadi tular dan menimbulkan kebimbangan di kalangan pengguna Islam yang sering mengunjungi kedai roti.

Menerusi hantaran itu, dia berkongsi dakwaan pengguna di media sosial yang memberitahu terdapat alkohol di dalam ramuan mereka. Malah, ramai juga yang mempertikaikan isu halal premis makanan itu sebelum ini.

Lavender Bakery mengaku tiada sijil halal, tetapi bahan yang digunakan adalah dari sumber yang halal

Selepas tular isu itu di media sosial dan mendapat perdebatan ramai, Lavender Bakery Malaysia tampil memberi penjelasan melalui kenyataan rasmi mereka dan memberi jaminan kepada semua pengguna bahawa tiada alkohol digunakan di dalam penaik.

"Lavender Bakery tidak mempunyai pensijilan Halal dan kami tidak pernah mewakili diri kami sebagai premis yang mempunyai sijil halal. Walau bagaimanapun, kami ingin menyakinkan pelanggan bahawa bahan-bahan yang kami gunakan seperti mentega, minyak, keju dan sosej semuanya diperoleh daripada pembekal yang mempunyai pensijilan Halal.

"Kami juga ingin menjawab kebimbangan berkaitan kandungan alkohol dalam produk kami. Kami ingin menegaskan bahawa produk bakeri kami tidak mengandungi alkohol. Sebarang komen yang menyatakan sebaliknya adalah tidak tepat. Kami beroperasi di bawah polisi 'No Pork, No Lard, No Alcohol'," kata kenyataan itu.

Mereka juga memberitahu telah memegang pensijilan HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Points), di mana ia adalah piawaian keselamatan makanan yang diiktiraf antarabangsa, sebagai bukti komitmen terhadap kebersihan dan pengurusan makanan yang telus dan tahap kebersihan yang tinggi.

Sementara itu, mereka juga mengakui cadangan orang ramai untuk memohon pensijilan halal melalui JAKIM, dan berkata mereka terbuka untuk mempertimbangkannya untuk meningkatkan perkhidmatan mereka dan membina kepercayaan pelanggan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: