seismik

"Kalah Harga Myvi" - Jejaka Show Off Dron Sawah Padi, Saiznya Besar Buat Ramai Terkejut

Dah macam rupa helikopter.

Cover image via @_ceokakibahan (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penggunaan teknologi dron masa ini sudah berkembang pesat dalam pelbagai industri

Bukan saja digunakan dalam bidang videografi. Malah, teknologi dron juga sudah diperkenalkan dalam industri pertanian dan pertahanan ketenteraan.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok berkenaan seorang jejaka yang dilihat sedang meletakkan biji benih padi di dalam ruang kosong dron bersaiz gergasi telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Niat ingin buat content tentang gaji, saiz dron pula yang jadi topik bualan di ruangan komen

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @_ceokakibahan di TikTok, saiz dron yang besar tersebut menjadi topik bualan hangat dalam kalangan netizen.

Jelas remaja itu di ruangan komen, dron sawah padi itu sering diguna pakai dalam menabur benih di sawah kerana lebih mudah dan pantas.

Menurut harga pasaran terkini, harga dron itu lebih mahal daripada harga sebiji kereta Myvi iaitu dalam anggaran RM54,710.

Lihat video sambungan di bawah:


"Seronok dapat tengok teknologi kat kampung makin canggih" - Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dan terkejut dengan kecanggihan dron tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M tontonan, 133.8K tanda suka dan 2.1K komen di TikTok.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Min rasa macam nak naik je dron tu :P

Image via TENOR

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: