seismik

Pakar Ramal Tahun 2023 Baru Selamat Untuk Melancong Semula, Buat Kajian Beserta 'Timeline'

Kajian ini dibuat dengan mengambil kemungkinan bahawa pandemik Covid-19 telah secara umumnya diisytiharkan terkawal menjelang penghujung tahun 2020.

Cover image via The Sun Daily & Babab.net

Boleh dikatakan semua industri terjejas akibat pandemik Covid-19 dan salah satu daripadanya adalah pelancongan

Image via Berita Harian

Syarikat penerbangan yang sebelum ini sentiasa sibuk kini kosong tanpa pelancong. Bukan itu sahaja, mereka yang bekerja dalam sektor itu juga terpaksa sama ada dipotong gaji atau dibuang pekerjaan ekoran kesan kelembapan ekonomi disebabkan wabat berkenaan.

Image via CNA

Turut terkesan adalah golongan 'kaki travel' yang terpaksa menangguhkan niat mereka untuk melancong dan bercuti lebih-lebih lagi ke negara-negara luar demi mencegah kemungkinan jangkitan virus Covid-19 ini dari terus berlaku.

Difahamkan juga, sektor pelancongan akan berubah pada masa hadapan. Bahkan, kajian telah menunjukkan ia mungkin tidak akan kembali pulih seperti sedia kala dan akan mengambil masa tiga tahun selepas Covid-19 diisytiharkan sebagai terkawal.

Menurut kajian yang dilakukan pakar pelancongan global iaitu Atmosphere Research Group (ARG), garis masa pemulihan dalam sektor pelancongan akan berlaku secara perlahan-lahan

Walau bagaimanapun, ARG masih belum mengenal pasti apa yang akan menyebabkan proses pemulihan ini bermula. Ianya sama ada jika jangkitan dan lengkungan Covid-19 menjadi mendatar, ataupun vaksin telah berjaya dihasilkan dan segera disalurkan ke seluruh dunia.

Dalam kajiannya, ARG turut menyediakan anggaran tempoh pemulihan sektor pelancongan, dengan mengambil kemungkinan yang pandemik Covid-19 telah secara umumnya diisytiharkan terkawal menjelang penghujung tahun 2020.

Image via NST

Untuk tempoh 6 hingga 9 bulan pertama selepas Covid-19 reda, ARG meramalkan bahawa kumpulan yang dilabelkan sebagai 'tiptoe traveller' yang pertama sekali akan mula meneroka semula dunia.

Kumpulan ini akan terdiri daripada golongan yang berpendapatan tinggi dan dirujuk sebagai cabin fever escapees (gelisah sebab terperuk). Mereka akan lebih tertumpu melakukan perjalanan secara domestik tetapi juga diramalkan akan terlibat dalam perjalanan antarabangsa jarak jauh.

Sepanjang tempoh 8 hingga 16 bulan selepas Covid-19 berjaya dikawal iaitu dianggarkan berlaku pada pertengahan tahun 2022, ARG meramalkan akan adanya kumpulan pelancong yang digelarkan sebagai perintis.

Kumpulan ini terdiri daripada mereka yang melakukan perjalanan perniagaan (business trip) dan penumpang kerap (frequent flyer), yang terdiri daripada golongan peringkat pertengahan serta atasan dengan pendapatan isi rumah RM10,000 dan ke atas. Kumpulan ini juga diramalkan bakal membuat perjalanan antarabangsa berjarak sederhana.

Image via Mashable SEA

Selepas 12 hingga 18 bulan pula, para pelancong yang digelar fast followers akan mula menyertai dan ini akan memperlihatkan industri penerbangan sebagai hampir kembali normal disertai juga dengan tempahan kabin premium untuk kelas perniagaan dan pertama yang semakin meningkat.

Menjelang penghujung tahun 2022, sebahagian besar daripada industri pelancongan ini akan kembali seperti biasa, atau sekurang-kurangnya hampir sama seperti sebelum wabak Covid-19 melanda.

Image via Focus Malaysia

Selepas 16 hingga 24 bulan selepas wabak itu dianggap berjaya dikawal di seluruh dunia (mengambil kira ianya dikawal menjelang penghujung 2020), barulah para pelancong dengan tujuan percutian akan mula membanjiri lapangan terbang di seluruh dunia yang mana industri ini mencapai 80% hingga 90% jumlah pelancong daripada sebelum virus itu melanda.

Sememangnya, industri pelancongan tidak akan kembali pulih seperti biasa dengan serta-merta sebaliknya akan berlaku dengan perlahan dan secara berperingkat

Malah, saintis di Harvard telah menyarankan cara bagi mengatasi pandemik ini ialah dengan mengamalkan penjarakan sosial atau social distancing secara konsisten dan perlu dilakukan sehingga tahun 2022.

Yang pasti buat masa sekarang, sila patuhi arahan dan duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

[LIVE] Press Conference by MOH on COVID-19 | April 17, 2020

[LIVE] Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah’s press conference on the latest COVID-19 updates.

Posted by SAYS on Friday, 17 April 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel terkini berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: